ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN): Aturcara Majlis Kahwin

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Showing posts with label Aturcara Majlis Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Aturcara Majlis Kahwin. Show all posts

Tuesday, 24 March 2020

10 SENARAI LAGU PILIHAN YANG SESUAI UNTUK SESI MEMOTONG KEK.

15:43 , , , 1 comment


Salah satu aturcara dalam majlis perkahwinan adalah Acara Memotong Kek. Acara yang menunjukkan simbolik penyatuan dua hati. Ada juga yang menukar Kek Pengantin dengan Pulut Kuning.

Apapun ia bergantung pada pilihan pengantin yang diraikan.

Untuk menjayakan Acara Memotong Kek ini, kebiasaannya DJ akan memainkan lagu-lagu cinta, lagu-lagu romantik bagi mengiringi aturcara ini.

Ada beberapa lagu yang menjadi pilihan ramai. Ini dia admin senaraikan Lagu Pilihan Untuk Sesi Memotong Kek.

1. My Baby You - Marc Anthony



2. My All - Mariah Carey



3. Lewis Capaldi - Somebody You Loved


4. Column Scott - Your Are The Reason


5. John Legend - All Of Me


6. Cristina Peri - Thousand Years


7. Andmesh Kamaleng - Cinta Luar Biasa


8. Rossa - Ayat-Ayat Cinta


9. Afghan - Jodoh Pasti Bertemu


10. Rossa Ft Pasha - Terlanjur Cinta



Inilah antara Lagu Pilihan Ramai Pengantin Untuk Sesi Memotong Kek. Jika anda ada pilihan lagu lain, boleh minta DJ mainkan ketika anda potong kek. Lagu yang ada kena mengena dengan kisah cinta anda atau lagu zaman bercinta anda, bolehla anda pilih.

Tuesday, 24 September 2019

SUSUNAN ATURCARA MAJLIS AKAD NIKAH & BERSANDING PADA HARI YANG SAMA.

15:15 , , 3 comments


Sudah menjadi pilihan ramai acara akad nikah dan acara bersanding dilangsungkan pada hari yang sama.

Paginya bernikah, kemudian tengah harinya terus bersanding. Ataupun petang nikah, malam bersanding. Pun boleh juga.

Untuk nikah & sanding hari yang sama ini ada 2 pilihan.

1. Akad Nikah & Sanding di lokasi yang sama.
- Nikah Sanding Di rumah, ataupun Nikah Sanding di dewan.

2. Nikah & Sanding di lokasi berbeza.
- Nikah di Masjid/Surau, Sanding di Rumah/Dewan.


Untuk kedua-dua pilihan ini, aturcaranya lebih kurang sama, cuma perlukan sedikit susunan masa yang berlainan.

Ini contoh susunan aturcara Nikah & Sanding di lokasi yang sama.

7.00 pagi - Persiapan Make Up (Mandi, Bersarapan DLL)
7.30 pagi - Mula Sesi Make Up.
9.00 pagi - Selesai Sesi Make Up.
9.15 pagi - Ketibaan Pengantin Lelaki dan rombongan.
9.30 pagi - Ketibaan Tok Kadi & Saksi.
9.40 pagi - Acara Akad Nikah dimulakan.
10.00 pagi - Akad Nikah Selesai - Acara Sarung Cincin atau sebagainya dimulakan.
10.30 pagi - Jamuan ringan. Pengantin buat Sesi Bergambar sikit.
                     Rombongan pulang ke Homestay/Hotel
11.00 pagi - Pengantin Perempuan & Lelaki bersiap untuk acara bersanding.
12.30 petang - Ketibaan dan Perarakan masuk pengantin.
12.40 petang - Sanding
12.45 petang - Bacaan Doa
12.50 petang - Salam Restu / Merenjis (Jika Ada)
1.00 petang - Makan Beradab
1.30 petang - Potong kek (Jika Ada)
1.40 petang - Sesi Bergambar Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Rakan
dan seterusnya hingga tamat majlis pada jam 4.00 petang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran kami adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini:

Thursday, 23 May 2019

PANDUAN ASAS MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN (HARI MAJLIS)

17:39 , , 0 comments

Merancang majlis perkahwinan memang rumit. Lebih-lebih lagi kalau anda atau keluarga anda tiada pengalaman. Maklumlah, anak sulung. Semestinya tiada pengalaman mengurus dan merancang majlis perkahwinan.

Sebenarnya tak rumit nak merancang majlis perkahwinan kalau anda ada duit yang cukup. Nak senang, upah jer Wedding Planner. Atau ambil pakej yang terus ada khidmat Wedding Planner.


Segala perancangan Wedding Planner akan selesaikan. Tapi, walau dah upah Wedding Planner, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengelakkan anda ditipu atau tertipu.

Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting.

Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.

Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.

Sumber Gambar: ISDA Catering & Wedding Planner


Perkara yang terletak dalam kategori PENTING UNTUK MAJLIS KAHWIN adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) - (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)
7. Sistem Audio (PA Sistem)

5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.

Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN adalah:
1. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
2. Candy Buffet
3. Photo Booth
4. Bertukar-tukar persalinan
5. Photografi
6. Ustaz Pembaca Doa

Sumber: Pasukan Kompang ISDA Catering KL

6 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.

Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.

Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:

Jam 1.30 petang - Sanding

Jam 1.35 petang - Bacaan Doa

Jam 1.40 petang - Acara Merenjis

Jam 2.00 petang - Majlis Makan Beradab

Jam 2.30 petang - Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)

Jam 2.45 petang - Sesi Beramah Mesra Bersama Tetamu

Jam 3.00 petang - Sesi Bergambar Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Rakan

dan seterusnya hingga tamat majlis pada jam 4.00 - 5.00 petang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran mereka adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini:

 "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis - SELANGOR & KL"

"Pakej Lengkap Perkahwinan - Percuma Khidmat Wedding Planning - MELAKA, MUAR & N.SEMBILAN"

Untuk dapatkan lebih banyak tips, boleh juga layari Blog Tips Perkahwinan

Saturday, 26 January 2019

CONTOH SUSUNAN MAJLIS ISDA CATERING JIKA MENEMPAH PAKEJ LENGKAP KAMI.

16:22 , , , 0 comments


Majlis ISDA Catering Melaka pada 8.12.2018 ini bertempat di Dewan MBMB Taman Paya Emas, Melaka.

Pakej yang diambil untuk majlis ini adalah Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan ISDA.

Pakej ini merangkumi katering lengkap, peralatan dewan lengkap, persalinan sanding lelaki dan perempuan, make up bersanding, pelamin sanding dewan, pengacara majlis, PA Sistem berkaraoke dan juga pakej fotografi nikah dan sanding.

Ini adalah Pakej Terlengkap ISDA Catering Melaka setakat ini. Dari A - X kami sediakan untuk majlis ini.

Y dan Z tuan rumah sediakan. hehehe.

Untuk Pakej Lengkap seperti ini, kami rakamkan gambar bermula dari Majlis Akad Nikah. Gambar adalah hasil dari Penal Fotografi kami, BONZO Photography.

1. Gambar ketika majlis Pernikahan akan menjadi permulaan kisah majlis perkahwinan pasangan mempelai 2 sejoli ini.


2. Susunan dan Layout Dewan yang diuruskan kami ISDA Catering Melaka bagi pihak tuan rumah. Persiapan awal ini kebiasaannya akan disiapkan sehari sebelum majlis.



3. Susunan Persiapan hari majlis / hari langsung lebih fokus pada persiapan team katering ISDA Catering Melaka untuk menyediakan hidangan untuk para jemputan dan juga hidangan untuk meja pengantin.


4. Persiapan dan keperluan lain seperti Kek Pengantin atau Pulut Kuning juga mula dipersiapkan untuk tatapan para tetamu.


5. Pelamin yang juga dari ISDA Catering Melaka juga dipastikan siap dan bersedia untuk menerima kehadiran Raja Sehari yang diraikan.


6. Aturcara awalan seperti Selawat, Berzanji, atau Qasidah akan memeriahkan lagi majlis perkahwinan dan seterusnya memohon majlis diberkati dan dirahmati.


7. Sudah termaktub dalam SOP kerja kami, Persiapan di meja buffet akan dipersiapkan selewat-lewatnya jam 10.30 pagi agar dapat menerima kehadiran tetamu yang mula tiba pada jam 11.00 pagi.

Kenapa 10.30 pagi? Supaya ada jarak masa 30 minit untuk memberi ruang para pekerja katering untuk makan terlebih dahulu.

Juga untuk menjamu wakil tuan rumah, atau tuan rumah itu sendiri kerana mereka akan mula menerima tetamu pada jam 11.00 pagi dan agak susah nak curi masa untuk makan nanti.





8. Tetamu dah ramai yang hadir, kini, tibalah masa yang dinantikan. Perarakan Raja Sehari yang diraikan.

Semua keperluan untuk membawa masuk pengantin akan dipastikan bersedia. Contohnya kompang, rombongan pengantin dan seangkatan dengannya.

Supaya pengantin tidak menunggu lama, atau sebaliknya.


9. Kita sandingkan kedua mempelai di atas pelamin yang telah sedia menanti mereka.

Jika ada 'TOL' seperti majlis kami ini, pengantin lelaki sekalian, bersedialah bawak apa yang patut ya untuk bayar 'TOL' tu.

Bayaran 'TOL' nie kena tunai tau. Kalau hutang, memang tak dapatlah bersanding.



10. Bacaan doa oleh wakil tuan rumah, atau pengacara majlis akan membacakan doa.


11. Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan acara 'Salam Restu'. Atau jika dikebanyakkan majlis kahwin, ia digelar acara merenjis dan menepung tawar.



12. Dah selesai acara 'Salam Restu' kita bawa pengantin untuk menjamu selera pula. Semua acara ini akan dirakam oleh fotografer agar ia akan menjadi suatu penceritaan kisah percintaan yang berjaya disatukan di atas nama PERKAHWINAN.



13. Seterusnya, acara 'Potong Pulut Kuning' menggantikan KEK PENGANTIN.


14. Dah selesai acara potong memotong. Suap menyuap. Kita bawa mempelai ke acara seterusnya, iaitu acara BERGAMBAR secara rasminya bersama keluarga atau rakan taulan.





15. Selesai bergambar di majlis, sesi bergambar diteruskan lagi ke destinasi pilihan pengantin untuk sesi OUTDOOR.

Waktu ini, kebiasannya majlis di dewan sudah pun selesai dan proses mengemas sedang berjalan



16. Sekian. Tamatlah kisah persandingan mempelai raja sehari yang diraikan pada hari ini.

Jika anda nak majlis anda berlangsung lancar dan penuh dengan kisah penceritaan, bolehlah pilih kami ISDA Catering Melaka sebagai Wedding Planner anda.

Tapi kenalah tempah Pakej Wedding Planner kami yang Super Lengkap A - X.

Nak dapatkan pakej Super Lengkap A - X ini, boleh whatsapp kami terus ke:


Jika anda nak lihat majlis-majlis kami yang lepas atau tawaran-tawaran semasa, boleh lawati LAMAN FACEBOOK ISDA CATERING MELAKA

Thursday, 18 January 2018

SKRIP DOA UNTUK PENGANTIN DI MAJLIS PERKAHWINAN

17:25 , 106 comments

Doa di majlis perkahwinan menjadi satu keperluan bagi memohon majlis diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Setiap majlis pastinya kita akan memohon keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

DOA MAJLIS PERKAHWINAN DIBACAKAN SEMASA PENGANTIN BERSANDING

Kebiasaannya, Doa majlis perkahwinan ini akan dibacakan pada masa pengantin sedang bersanding di atas Pelamin.

Doa Majlis Perkahwinan ini biasanya akan dibacakan  oleh wakil pihak tuan rumah seperti Ayah, Abang, Pak Cik Saudara ataupun Iman Jemputan.

Jika tiada wakil dari tuan rumah, kebiasaannya, pihak Pengacara Majlis atau Emcee yang akan memimpin bacaan doa majlis perkahwinan ini.

EMCEE/PENGACARA MAJLIS ISDA CATERING BOLEH MEMBACA DOA

Kami di ISDA Catering menyediakan option untuk Doa Majlis Perkahwinan ini dibaca oleh Emcee/Pengacara Majlis jika tiada wakil dari pihak tuan rumah.

Di bawah ini adalah Skrip Doa Majlis Perkahwinan yang biasa dibaca oleh Emcee/Pengacara Majlis ISDA Catering.




Wednesday, 15 November 2017

PERANAN, TUGAS DAN FUNGSI WEDDING PLANNER / PERANCANG PERKAHWINAN

20:32 , 0 comments

TUGAS UTAMA WEDDING PLANNER ADALAH MEMASTIKAN MAJLIS PERKAHWINAN BERJALAN DENGAN LANCAR

Keperluan majlis perkahwinan adalah berbeza-beza mengikut kehendak setiap pasangan pengantin dan keluarga. Perbezaan ini adalah kerana kemampuan kewangan setiap pasangan pastinya berbeza.

Wedding Planner amat sinonim dengan majlis yang mempunyai bajet tinggi dan besar seperti majlis anak-anak orang kenamaan, anak ahli perniagaan dan anak kerabat diraja.

Ini kerana, cas yang tinggi dikenakan oleh Wedding Planner bagi mereka untuk menguruskan sesuatu majlis perkahwinan tersebut.

ISDA CATERING MENAWARKAN KHIDMAT WEDDING PLANNER / PERANCANG PERKAHWINAN

Kini anda tak perlu risau lagi dengan perkara ini kerana Kami Di ISDA Catering dan ISDA Catering Melaka ada menawarkan pakej yang dilengkapi dengan khidmat Wedding Planner / Perancang Perkahwinan dengan kadar yang rendah.

Apa peranan dan tugas kami sebagai Wedding Planner / Perancang Perkahwinan anda adalah:

  1. Kami akan membantu memudahkan pengurusan dan perancangan majlis bermula dari Majlis Pernikahan, Majlis Malam Berinai dan Majlis Bersanding. Bergantung pada pakej yang anda ambil. Kebanyakkan pengantin kami, kami hanya uruskan majlis persandingan dan perkahwinan sahaja kerana urusan pernikahan diuruskan oleh keluarga terdekat.
  2. Kami sebagai Wedding Planner membantu anda menjimatkan kos dengan mendapat harga istimewa dari pembekal majlis perkahwinan seperti Bridal, Make Up Artis, Fotografi, Katering, Khemah atau Peralatan Dewan dan sebagainya.
  3. Selain dari penjimatan KOS, kami juga berperanan membantu keluarga dan bakal pengantin menjimatkan masa. Faktor masa amat perlu dititikberatkan semasa merancang majlis. Ini kerana terlalu banyak komitmen masa yang perlu diluangkan untuk memastikan persiapan majlis perkahwinan mencukupi. Dengan memilih pakej dari kami, ISDA Catering, banyak masa yang boleh bakal pengantin jimatkan kerana kebanyakkan urusan telah pihak kami lakukan.
  4. Kami di ISDA Catering juga bertindak sebagai koordinator majlis pada hari majlis anda itu nanti. Keluarga Pengantin tak perlu lagi terkejar-kejar menguruskan persiapan dan kelengkapan majlis keran pihak kami yang akan mengkordinasikan majlis tersebut.
  5. Boleh rujuk link ini untuk contoh Aturcara Majlis yang biasa kami gunakan untuk majlis perkahwinan - ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN

Kami di ISDA Catering & Wedding Planner, menyediakan perkhidmatan Wedding Planner / Perancang Perkahwinan yang akan membantu memudahkan bakal-bakal pengantin dalam menyiapkan dan menyediakan semua yang berkaitan dalam sesuatu Majlis Perkahwinan.

Kami juga turut menyediakan pelbagai Pakej Perkahwinan Lengkap yang dilengkapi dengan Khidmat Wedding Planner / Perancang Perkahwinan yang mengikut trend terkini dan pastinya dapat memenuhi citarasa bakal pengantin.

Dan Paling penting, kami sediakan pelbagai pilihan pakej yang boleh dipilih mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Tuesday, 31 October 2017

ATURCARA / AGENDA MAJLIS PERKAHWINAN DI DALAM DEWAN

23:49 , 9 comments


MAJLIS DI DEWAN ATAU DI KHEMAH

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dewan kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di rumah atau taman yang menggunakan kanopi.

Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.

LANTIK SEORANG FLOOR MANAGER



Untuk aturcara majlis perkahwinan di dalam dewan nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.

Kalau nak harap pengantin yang atur ataupun mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.

Floor Manager boleh jadi rakan pengantin ataupun adik beradik pengantin. Yang penting, sebagai Floor Manager, dia harus tahu mengawal situasi majlis. Jika ada pengalaman lagi bagus.

Jika tiada individu yang layak untuk menjadi Floor Manager, Sebaik-baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.

PENGACARA ATAU DJ MEMAINKAN TUGAS PENTING


Jika tak ada, cari khidmat Pengacara Majlis atau DJ yang berpengalaman dalam mengatur aturcara majlis dan pastikan ia mengikut kehendak anda atau hasil perbincangan anda dan keluarga.

Nak tahu mereka berpengalaman atau tidak? Tanya cara mengaturkan majlis.

Lebih bagus jika anda dah pernah lihat cara Pengacara Majlis atau DJ itu beraksi mengatur majlis perkahwinan rakan atau saudara mara anda.

Aturcara Majlis Perkahwinan di Dalam Dewan

Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di dalam dewan adalah seperti berikut:

Untuk majlis di dewan, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.


Lebih elok jika masuk dulu sebelum pengantin kerana ia akan mengurangkan kesesakan dalam dewan.

Jika majlis di hotel-hotel, mereka akan bawa rombongan masuk terlebih dahulu. Kemudian baru pengantin di bawa masuk.

Kalau dewan besar tak apala, kalau dewan sederhana atau kecil, anda bayangkanlah kesesakannya ya jika rombongan yang mengiringi anda tu lebih dari 50 orang.

MULAKAN ACARA BESAR MAJLIS PERKAHWINAN

1. Berarak dari turun kereta atau tempat menunggu sehingga Pintu Gerbang. - Berarak diiringi Paluan Kompang live, Kompang Audio atau Bagpipe atau lain-lain

2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin (Ada Pengantin yang terus berarak ke Pelamin) - Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin

3. Bersanding di atas pelamin.

4. Bacaan Doa - Sebaiknya wakil tuan rumah jemput Imam atau Ustaz dari kalangan kenalan untuk membaca Doa. Ia lebih dekat dan Insha Allah lebih berkat.

5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang - Sekarang dah kurang orang buat aturcara merenjis nie. Kami di ISDA Catering tukar kepada Acara Salam Restu. Tiada lagi tabur-tabur beras dan bunga rampai.

6. Makan Beradab - Masukkan persembahan jika ada.

7. Potong kek - Jangan lupa pilih lagi romatik yang jadi simbolik cinta anda dan minta DJ mainkan semasa potong kek. Memang indah saat ini.

8. Sesi bergambar - Masa ini, jurugambar dan DJ / Pengacara Majlis akan saling berkomunikasi untuk menyusun aturan orang yang akan bergambar.

9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.

10. Acara Outdoor Photography

Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.

ATURCARA BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN

Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dewan.

Kemudian baru berarak bersama. Pilihan bergantung pada tradisi keluarga, tradisi masyarakat atau kehendak anda sendiri.

Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang kami kelolakan di majlis-majlis kami ISDA Catering & Wedding Planner.

Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.

Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke isdacatering@gmail.com

Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.

Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.

TESTIMONI IBU PENGANTIN YANG PUAS HATI DENGAN KHIDMAT KAMI


Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.

Tuesday, 14 February 2017

60 KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS KAHWIN

17:36 , , , 25 comments


Sudah menjadi adat kita masyarakat Melayu yang kaya dengan budaya.

Salah satu budaya yang sinonim dengan majlis perkahwinan adalah budaya berpantun.

Kebanyakkan majlis sudah tidak diserikan dengan pantun-pantun ini, tapi jika mampu berpantun, serikanlah majlis dengan Pantun agar bertambah seri majlis perkahwinan anda nanti.

Di sini admin kongsikan 60 koleksi Pantun Majlis Perkahwinan yang admin kumpulkan dari pelbagai sumber:

1. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.
2. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.
3. Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan
4. Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari
5. Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat
6. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu
7. Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati
8. Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.
9. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan
10. Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri
Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
11. Tanam pisang tumbuhnya kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati
12. Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat
13. Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar dibalas
14. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis kami.
15. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.
16. Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.
17. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih
18. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati
19. Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.
20. Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.
21. Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri
22. Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu
23. Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.
24. Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,
Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu
Gambar Pengantin : Sumber dari FB ISDA Catering Melaka

Sumber: Pantun Hari Perkahwinan dan Persandingan

25. Satin biru habis digunting, Sehelai sepinggang tiadalah jua
Pengantin baru manis bersanding, Bagai pinang dibelah dua.
26. Teruna berpeluh memuja bidadari, Lama nian lekat di mata
Pesona sungguh raja sehari, Umpama berlian diikat permata.
27. Kembang Cina baru dipetik, Sudah layu di telapak tangan
Abang teruna rindu cik adik, Madah merayu hendak bergandingan
28. Tua layu kembali mulus, Turun hujan dirembang syahdu
Dua menantu sekali gus, Tahun hadapan menimang cucu
29. Dodoi nyonya pandai membisik, Menebang dahan angin mendayu
Amboi. kuatnya perisai cik adik, Abang tak tahan ingin bertemu
30. Berpeluh sudah berpenat lelah, Bertahun patah tumbuh ditebang.
Dirempuh redah bersirat bilah, Berpantun madah berpeluh cik abang.
31. Gemalai kuntum melentuk di ranting, Tempua bicara irama syahdu.
Mempelai tersenyum duduk bersanding, Mertua gembira terima menantu.
32. Kelat mengkudu tiada bertanda, Patah dahan tempat berteduh.
Berkat restu ayahanda bonda, Mudah-mudahan dipanjang jodoh.
33. Kuntum relai tumbuh di mana, Gaya tempua menyapa bayu.
Senyum mempelai penuh bermakna, Rahsia berdua siapa yang tahu.
34. Buah macang melentur rendah, Dahan meranti bercabang dua.
Bertuah abang beristeri solehah, Belahan hati penenang jiwa.
35. Kerana rentung cemara dipalu, Sirih dilayang di dalam pasu.
Teruna merenung si dara tersipu, Kasih sayang bersulam rindu.
Sumber: Jom Kita Berpantun

36. Dari mana punai melayang? Dari pagar turun ke padi
Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati
37. Baik-baik menunggang unta, Nanti salah jatuh terlentang
Baik-baik bermain cinta, Mandi tak basah Makan tak kenyang
38. Hisap rokok tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga
Wahai cik adik saya bertanya, Cincin dijari siapa yang punya
39. Keluar asap berbunga-bunga, Itu petanda nak pendek usia
Cincin dijari memang ada yang punya, Tapi biarlah dulu jadi rahsia
40. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak tangan
Sungguh pun jauh beribu batu, Hilang dimata di hati jangan
41. Kudup seroja beria-ia, Hendak keluar tak nak sekerat
Hidup kekal bahagia ceria, Dari dunia sampai akhirat
42. Tanak nasi di lorong hulu, Tanak bubur rumah juragan
Hendak mati di hujung kuku. Hendak berkubur ditapak tangan
43. Lebah menari selepas kerja, Tarian adat sudah ditetap
Menambah seri hari bahagia, Makan beradap jadi pelengkap
44. Madu lebah dari Peringgit, Amalkan makan jadi bistari
Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri
45. Helang menyambar serigala gusar, Melihat kelibat si halimunan
Sesi bergambar keluarga besar, Jadi kenangan sepanjang zaman

Sumber: Pantun Walimah

46. Buah pauh si bunga rampai, Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,Selamat datang kami ucapkan.
47. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai dalam hati.
48. Amat garang datuk bentara, Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua, Hidup bersama susah senang.
49. Orang jauh berkirimkan surat, Berkali-kali dibaca jua;
Ikan dilaut asam didarat, Dalam kuali bertemu jua.
50. Di malam hari terang senegeri, Bulan purnama dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri, Menyambut kedatangan kedua mempelai.
51. Doa berkat penutupnya amin, Jari lentik memukul gendang;
Mempelai berangkat di atas pelamin, Sama cantik sama padan.
52. Rimbun semalu di jambu batu, Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk tersenyum malu.
53. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja, Jemput mempelai menikmati hidangan.
54. Feringgi melanggar Inderagiri, Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri, Hendaklah adil lagi saksama.
55. Keris dan sundang lambang diraja, Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja, Makin dibaja semakin subur.
56. Hadirin berpakaian serba indah, Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah, Sila pengantin berangkat pulang.
57. Dengarlah ini ayah berpesan, Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan, Jangan cepat menjadi bosan.

Sumber: Koleksi Pantun Pengantin

58. Ikan di laut asam di darat, Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat, Atas pelamin bertemu jua
59. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang, Diatas pelamin sama bersatu
60. Dari Johor kekuala Kedah, Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah, Sudah kawin masih begitu

Sumber:Lawak Pantun