July 2019 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Wednesday 24 July 2019

10 SENARAI DEWAN PERKAHWINAN DI MELAKA

19:45 1 comment

Melangsungkan majlis perkahwinan di dewan sudah semakin menjadi pilihan ramai. Tak kurang juga orang Melaka.

Orang Melaka semakin ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Dewan berbanding di Rumah.

Mungkin disebabkan kos membuat majlis perkahwinan di ewan tak banyak bezanya berbanding buat majlis di rumah.

Oleh itu, di post ini admin akan kongsikan 10 Dewan Di Melaka Yang Sesuai Untuk Buat Majlis Perkahwinan.

1. ANJUNG ISDA - WEDDING & EVENT HALL, MELAKA

Dewan/Venue Majlis ini terletak di Taman Teknologi Cheng, Melaka. Landmarknya bersebelahan dengan NSK Cheng..

Jika buat majlis di dewan ini, memang mudah nak bagi hala tuju atau boleh juga terus "share location" Anjung ISDA ini.




Anjung ISDA ini sesuai untuk majlis yang berkapasiti kurang dari 500 orang tetamu. Jika lebih dari 500 orang tetamu jemputan, kena pilih dewan lain yang lebih besar.

Untuk majlis berkonsepkan Buffet, Anjung ISDA ini boleh menampung tetamu jemputan sehingga 500 orang untuk satu majlis.

Pakej Anjung ISDA ini sangat menarik dan berbaloi kerana pakej untuk 200pax hanya RM5499.00 sahaja manakala pakej untuk 500pax hanya RM8,499.00

Untuk pertanyaan lanjut tentang dewan ini, boleh terus ke Laman Facebook mereka di FACEBOOK ANJUNG ISDA -WEDDING & EVENT VENUE MELAKA atau whatsapp terus melalui link ini - www.wassap.my/0177893369/NakPakej_AnjungISDA_2022




2. DEWAN MBMB TAMING SARI, AYER KEROH

Antara dewan MBMB yang menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Dewan ini poleh memuatkan sehingga 40 meja bulat 10 pax untu konsep hidangan buffet.

Dewan ini juga mempunyai pentas yang luas dan amat sesuai untuk majlis dengan dekorasi pelamin yang GRAND.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh terus ke Pejabat MBMB di Ayer Keroh atau layari laman sesawang MBMB.

3. DEWAN BESTARI, AYER KEROH, MELAKA


4. DEWAN KOMPLEKS PENJARA, SUNGAI UDANG, MELAKA.


5. DEWAN MBMB PAYA RUMPUT PERDANA, PAYA RUMPUT, MELAKA.


6. DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN CINA, MASJID TANAH MELAKA.


7. DEWAN IPK, BUKIT BERUANG, MELAKA



8. DEWAN BALLROOM STADIUM HANG JEBAT, MELAKA



9. DEWAN IPG DURIAN DAUN, MELAKA.



10. DEWAN CITRA KASIH, AYER KEROH, MELAKA.


Antara Dewan besar yang ada di Melaka yang boleh menampung sehingga 1,000 orang tetamu dalam 1 masa (100 meja bulat) untuk berkonsepkan Dome.


KOMUNIKASI YANG JELAS AKAN MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS PERKAHWINAN.

17:48 0 comments


KOMUNIKASI.

Untuk apa sahaja acara atau aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan, komunikasi yang jelas antara ahli kumpulan adalah AMAT PENTING.

Begitu juga dengan Acara Majlis Perkahwinan. Komunikasi yang jelas antara semua pihak sangat penting bagi melancarkan perjalanan majlis.

Untuk memastikan majlis yang dirancang akan berjalan lancar, Tuan Rumah, Pengantin, Katerer, Wedding Planner dan juga Pengacara Majlis perlu berkomunikasi dengan jelas.


Komunikasi yang jelas ini perlu bermula dari awal perbincangan, sehinggalah tamatnya majlis.

Hasil dari Komunikasi yang jelas, Semua pihak akan sentiasa up to date dengan situasi semasa.

Ini sangat penting dalam menguruskan sesebuah majlis perkahwinan kerana kita merancang, Allah yang maha menentukan.


Segala perubahan semasa majlis perlu diberitahu kepada semua pihak yang terlibat supaya keputusan dapat dibuat dengan cepat.

Sebagai contoh, dalam aturcara majlis yang sudah dirancang, pengantin akan berarak dan disandingkan pada jam 12.30 petang.

Tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas, trafik jammed, maka aturcara bersanding perlu dianjakkan.

Semua info ini perlu disampaikan kepada wedding planner dan juga pengacara majlis supaya mereka dapat membuat perubahan dari segi susunan acara majlis.

Ataupun mereka boleh berbuat sesuatu supaya situasi dapat dikawal dengan baik tanpa menjejaskan acara yang lain.

Wedding Planner dan pengacara majlis yang berpengalaman pasti sudah biasa dengan situasi begini. Jadi, sampaikan info kepada mereka dan mereka akan uruskan dengan sebaiknya tanpa menjejaskan perjalanan majlis.

Friday 19 July 2019

TARIKH HOT UNTUK MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN PADA TAHUN 2020

11:49 , , 1 comment

Seperti biasa, setiap tahun, ramai bakal pengantin akan memilih tarikh cantik dan istimewa untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Ada yang memilih tarikh cantik seperti 12.12.12 dan sebagainya. Ada juga yang memilih tarikh istimewa seperti tarikh cuti umum atau tarikh hari kelahiran mereka.

Di artikel ini, kami akan kongsikan Tarikh Menarik, Cantik dan HOT untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020.

Untuk kesemua tarikh ini, ia sekadar nombor yang cantik dan ia jatuh pada hari Sabtu atau Ahad. Tiada kena mengena dengan kepercayaan karut atau nombor bertuah.

Jom pilih Tarikh Cantik Tahun 2020 Untuk Dijadikan Hari Perkahwinan Anda.

Bulan 2 tahun 2020 ada 2 tarikh yang cantik.



Dua tarikh ini masih sempat anda pilih kerana ada lebih kurang 6 bulan lagi untuk anda buat persiapan majlis.

Untuk bulan Mac, tiada tarikh yang cantik sangat, ada 1 sahaja tarikh cantik iaitu 22.3.2020 yang jatuh pada hari Ahad.

Pada bulan April ini, tarikh 04.04.2020 adalah tarikh yang cantik untuk langsungkan majlis perkahwinan. Tarikh ini adalah antara tarikh terakhir yang boleh anda pilih sebelum bermulanya bulan Ramadan dan Raya Aidilfitri.

Bulan Jun tarikh 06.06.2020 antara tarikh yang anda pilih. Masa nie dah lepas musim Perayaan Aidilfitri nie. Sangat sesuai untuk anda pilih.

Tarikh selebihnya anda boleh lihat senarai di bawah ini.

Inilah dia Tarikh-Tarikh HOT untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020. Jika anda berminat nak langsungkan majlis pada tarikh-tarikh ini, tempah cepat kerana pastinya ramai akan melangsungkan majlis pada tarikh ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej ISDA Catering, boleh terus layari laman Facebook kami di link tertera di bawah ini:

ISDA Catering KL & Selangor : 
www.facebook.com/isdacatering
Whatsapp Terus Ke 0182880239

ISDA Catering Melaka / Muar / N.Sembilan : 
www.facebook.com/isdacateringmelaka
Whatsapp Terus Ke 0182880239