October 2017 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Tuesday 31 October 2017

ATURCARA / AGENDA MAJLIS PERKAHWINAN DI DALAM DEWAN

23:49 , 9 comments


MAJLIS DI DEWAN ATAU DI KHEMAH

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dewan kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di rumah atau taman yang menggunakan kanopi.

Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.

LANTIK SEORANG FLOOR MANAGER



Untuk aturcara majlis perkahwinan di dalam dewan nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.

Kalau nak harap pengantin yang atur ataupun mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.

Floor Manager boleh jadi rakan pengantin ataupun adik beradik pengantin. Yang penting, sebagai Floor Manager, dia harus tahu mengawal situasi majlis. Jika ada pengalaman lagi bagus.

Jika tiada individu yang layak untuk menjadi Floor Manager, Sebaik-baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.

PENGACARA ATAU DJ MEMAINKAN TUGAS PENTING


Jika tak ada, cari khidmat Pengacara Majlis atau DJ yang berpengalaman dalam mengatur aturcara majlis dan pastikan ia mengikut kehendak anda atau hasil perbincangan anda dan keluarga.

Nak tahu mereka berpengalaman atau tidak? Tanya cara mengaturkan majlis.

Lebih bagus jika anda dah pernah lihat cara Pengacara Majlis atau DJ itu beraksi mengatur majlis perkahwinan rakan atau saudara mara anda.

Aturcara Majlis Perkahwinan di Dalam Dewan

Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di dalam dewan adalah seperti berikut:

Untuk majlis di dewan, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.


Lebih elok jika masuk dulu sebelum pengantin kerana ia akan mengurangkan kesesakan dalam dewan.

Jika majlis di hotel-hotel, mereka akan bawa rombongan masuk terlebih dahulu. Kemudian baru pengantin di bawa masuk.

Kalau dewan besar tak apala, kalau dewan sederhana atau kecil, anda bayangkanlah kesesakannya ya jika rombongan yang mengiringi anda tu lebih dari 50 orang.

MULAKAN ACARA BESAR MAJLIS PERKAHWINAN

1. Berarak dari turun kereta atau tempat menunggu sehingga Pintu Gerbang. - Berarak diiringi Paluan Kompang live, Kompang Audio atau Bagpipe atau lain-lain

2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin (Ada Pengantin yang terus berarak ke Pelamin) - Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin

3. Bersanding di atas pelamin.

4. Bacaan Doa - Sebaiknya wakil tuan rumah jemput Imam atau Ustaz dari kalangan kenalan untuk membaca Doa. Ia lebih dekat dan Insha Allah lebih berkat.

5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang - Sekarang dah kurang orang buat aturcara merenjis nie. Kami di ISDA Catering tukar kepada Acara Salam Restu. Tiada lagi tabur-tabur beras dan bunga rampai.

6. Makan Beradab - Masukkan persembahan jika ada.

7. Potong kek - Jangan lupa pilih lagi romatik yang jadi simbolik cinta anda dan minta DJ mainkan semasa potong kek. Memang indah saat ini.

8. Sesi bergambar - Masa ini, jurugambar dan DJ / Pengacara Majlis akan saling berkomunikasi untuk menyusun aturan orang yang akan bergambar.

9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.

10. Acara Outdoor Photography

Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.

ATURCARA BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN

Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dewan.

Kemudian baru berarak bersama. Pilihan bergantung pada tradisi keluarga, tradisi masyarakat atau kehendak anda sendiri.

Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang kami kelolakan di majlis-majlis kami ISDA Catering & Wedding Planner.

Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.

Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke isdacatering@gmail.com

Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.

Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.

TESTIMONI IBU PENGANTIN YANG PUAS HATI DENGAN KHIDMAT KAMI


Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.

Tuesday 10 October 2017

ANTARA KOLEKSI BUSANA DARI ISDA CATERING & WEDDING PLANNER RAWANG

17:26 , , , , , 0 comments

GAMBAR MERUPAKAN ANTARA KOLEKSI BUSANA KAMI UNTUK PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN YANG MURAH DAN BERBALOI BERHARGA RM15,900 UNTUK 1000 pax.
.








Pakej Lengkap Perkahwinan Lengkap dan Murah ini Termasuk pakej Fotografi dan harganya hanya RM15,900.
.
Apa yang anda akan dapat dengan harga RM15,900.00 ini? Ini dia kami senaraikan apa yang anda akan dapat:
.
1. KATERING 1000pax
.
2. PERALATAN DEWAN atau 6 SET KANOPI LENGKAP
.
3. PELAMIN SANDING
.
4. PERSALINAN SANDING
.
5. MAKE UP SANDING
.
6. FOTOGRAFI SANDING
.
7. PA SISTEM BERKARAOKE
.
8. PENGACARA MAJLIS @ DJ
.
9. KOMPANG atau TARIAN atau SILAT
.
10. KEK PENGANTIN 3 TINGKAT
.
11. HIDANGAN PENGANTIN
.
12. KUIH MUIH DAN TEH TARIK
.
13. PELAYAN BERSERAGAM
.
14. SESI OUTDOOR (FOTOG)
.
15. KOORDINATOR MAJLIS
.
16. WEDDING PLANNER.
.
Banyak nie servisnya. Ini antara servis utama yang disediakan disamping ada servis-servis sampingan untuk pakej RM15,900.00 ini.
.
Harga asal pakej RM15,900.00 ini adalah RM17,900.00. Banyak penjimatan yang bakal anda perolehi dengan menempah pakej PROMOSI ini.
.
Seperti biasa, pakej ini TERHAD untuk 1 MAJLIS pada 1 TARIKH SAHAJA.
.
Siapa Cepat Booking, dialah yang dapat.
.
Cik Ashmeeme : 0173028209 - http://alturl.com/fbrme
Cik Atieka : 0172484752 - https://goo.gl/vCAAhC