2021 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Wednesday, 8 September 2021

PAKEJ KATERING ISDA MELAKA PASCA PKP 2021 dan 2022

00:58 , , 0 comments

PAKEJ KATERING 2021/2022 ISDA PASCA PKP INI BERMAKSUD PAKEJ KATERING YANG BOLEH DITEMPAH DENGAN TEMPAHAN MINIMA 200PAX.

Tempahan minima untuk pakej ini adalah 200pax sahaja. Memang kami buat khas untuk majlis perkahwinan dengan skala kecil dan sederhana.

PAKEJ INI BANTU ANDA BERJIMAT

Dengan pakej katering ini, anda bakal pengantin dapat berjimat kerana tak perlu tempah makanan yang banyak. Tambahan pula kita masih di dalam perubahan Fasa Pandemik ke Endemik

Kita juga tak mampu nak kawal majlis jika tetamu terlalu ramai. Jadi, ada baiknya kita kurangkan tetamu jemputan supaya majlis dapat dikawal supaya dapat patuh SOP yang kerajaan tetapkan.

Bilangan tetamu yang sedikit ini akan menjimatkan anda dari segi tempahan makanan, jimat dalam pembelian door gift dan laian-lain.

RUANG TAK PERLU LUAS DAN BESAR

Ruang juga tak perlu besar dan luas jika jemputan sikit. Kalau nak jemput hingga 1000 tetamu, anda kena sediakan ruang yang luas supaya keadaan tak akan jadi sesak.

Jika anda buat majlis di dewan, dewan yang berkeluasan sederhana pun boleh digunakan jika bilangan tetamu tak ramai.

Manakala jika buat di rumah pula, perlu tempah khemah/kanopi yang banyak jika nak jemput ramai tetamu.

PILIHAN BIJAK AKAN MEMBANTU ANDA BERJIMAT

Buat pilihan yang bijak supaya anda dapat melangsungkan majlis dengan lancar tanpa menyesakkan fikiran anda dikemudian hari.

LINK WHATSAPP UNTUK HUBUNGI KAMI

Untuk pertanyaan lanjut tentang Pakej Katering kami, boleh whatsapp terus dengan tekan link di bawah ini:

www.wassap.my/0182880239/Nak_Pakej_KateringPascaPKP_ISDA

www.wassap.my/0104356810/Nak_Pakej_KateringPascaPKP_ISDA

Tekan jer link whatsapp di atas ini untuk pertanyaan lanjut tentang pakej ini.

BUTIRAN PAKEJ PKP INI ADALAH SEPERTI DI BAWAH



Saturday, 22 May 2021

PAKEJ KATERING AQIQAH - NORMA BARU

14:53 , , 0 comments

 


PAKEJ KATERING AQIQAH NORMA BARU.

Dikala wabak Covid 19 melanda negara kita ini, majlis keraian atau kenduri-kendara memang TIDAK dibenarkan oleh kerajaan.

Oleh itu, kami di ISDA Catering telah mencipta satu pakej khas untuk ibu bapa yang nak membuat Aqiqah untuk anak mereka yang baru lahir.

Kami telah susun pakej yang tak perlu pun anda untuk membuat kenduri kendara ataupun majlis keraian.

MAKANAN AKAN DIBUNGKUS DAN PENYEMBELIHAN KAMBING AKAN ADA VIDEO.

Makanan semua akan dibungkus dan diagihkan kepada pihak yang telah ditetapkan oleh anda.

Urusan penyembelihan kambing akan kami videokan supaya ia akan dapat disimpan sebagai bukti penyembelihan kambing Aqiqah untuk anak yang baru lahir.


Untuk makanan, menu adalah seperti yang tertera di gambar pertama di atas. Jika ada nak ubah menu, boleh buat permintaan dengan kami.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Pakej Aqiqah Norma Baru ini, boleh whatsapp terus dengan tekan link di bawah ini:


www.wassap.my/0182880239/Nak_Pakej_Aqiqah_NormaBaru

www.wassap.my/0104356810/Nak_Pakej_Aqiqah_NormaBaru

Friday, 21 May 2021

MAJLIS PERKAHWINAN TANPA BERSANDING.

17:52 , 0 comments



TAKNAK BERSANDING MASA HARI PERKAHWINAN ANDA NANTI?

Tak ada salahnya pun jika kita buat majlis perkahwinan tanpa ada persandingan di atas pelamin.

Ada 2 sebab tak nak bersanding oleh Pasangan Pengantin.

1. Penjimatan. Kos Pelamin nie boleh digunakan untuk bayar kos keperluan lain.

2. Tak nak terlalu mengikut adat. Bersanding tu tak ada pun dalam syariat Islam. Sekadar adat jer.

.

ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN TANPA BERSANDING.

OK. Untuk majlis perkahwinan tanpa bersanding, aturan atau aturcara majlisnya akan berbeza sedikit berbanding majlis perkahwinan yang ada bersanding.

Susun atur majlis tanpa bersanding adalah seperti berikut:

1. Ketibaan Kedua Mempelai.

2. Perarakan Masuk Mempelai Raja Sehari.

3. Terus Duduk Di Meja Makan Utama/Makan Beradab.

4. Sesi Memotong Kek/Pulut Kuning.

5. Sesi Bergambar atau Sesi Acara Bebas.

6. Tamatlah Majlis.

Thursday, 20 May 2021

Pakej Raya ISDA 2021 - ISDA Catering Melaka

15:30 , 1 comment


PAKEJ RAYA ISDA 2020 - ISDA CATERING MELAKA
Sikit pun kita layan.
.
Raya ke berapa ntah nie (tak kira dah). Kita tetap boleh layan ketupat atau lemang mahupun rendang lagi.
.
Tempahan perlu di buat satu atau dua har sebelum untuk memudahkan urusan penyediaan dan penghantaran.
.
Kalau anda bersilat sendiri kat dapur, mesti penat nak masak dan kemas.
.
Silat kat dapur lagi penat dari silat Pendekar Bujang Lapok tau. 😅.
.
Itu belum nak kemas dapur lagi. Fuhhhhhh penatnya.
.
Taknak penat. Order jer set Raya kami. Tapi untuk orang Melaka sahaja ya. 😁
.
Nak order, tekan jer link 🔗 kat bawah nie ya.
.
.
#isdacateringmelaka
#PakejRayaISDA

Wednesday, 24 March 2021

BUFFET RAMADHAN/BERBUKA PUASA MELAKA - SAJIAN WARISAN ISDA 2021

16:48 , , 1 comment

PAKEJ BUFFET RAMADHAN/BERBUKA PUASA ISDA 2021 untuk negeri Melaka.




BERIKUT ADALAH SENARAI HARGA BAGI BUFFET BERBUKA PUASA - SAJIAN WARISAN ISDA 2021.
.
DEWASA - RM29.90 (Berumur 13 - 58 tahun)
KANAK-KANAK - RM15.90 (Berumur 7 - 12 Tahun)
WARGA EMAS - RM20.90 (Berumur 59 tahun ke atas)
ORANG KURANG UPAYA : RM20.90 (mesti ada Kad OKU)
.
**Harga Early Birds SAH untuk tempahan sehingga 16 April 2021 Sahaja.**
.
Untuk maklumat lanjut tentang Buffet Berbuka Puasa ISDA ini, anda boleh tekan link ini untuk terus ke Laman Facebook Buffet Berbuka Puasa - Sajian Warisan ISDA



GAMBAR SUASANA DAN PERSEKITARAN BUFFET BERBUKA PUASA ISDA.