Umum mengetahui, kalau nak buat majlis perkahwinan di rumah, tolak ansur jiran sangat penting, terutamanya jenis rumah taman.
Jika tiada tolak ansur jiran tetangga, pasti urusan melangsungkan majlis perkahwinan anda akan menjadi sangat rumit.
Untuk mendapat jiran tetangga yang bertolak ansur, kita sendiri pun haruslah bertolak ansur terlebih dahulu.
Bak kata orang putih "What You Give, You Get Back"
Oleh itu, untuk memastikan jiran tetangga akan bekerjasama dan bertolak ansur ketika majlis anda, anda perlulah terlebih dahulu bertolak ansur jika ada jiran membuat majlis juga.
Jiran nie sangat penting peranannya, walaupun anda guna khidmat Katering, tak guna cara rewang, peranan jiran tetap penting.
Penting dari segi kerjasama parking kereta sebelum, semasa dan selepas majlis.
Kalau ada jiran yang tak beri kerjasama, sebagai contoh, nak pasang khemah, tapi jiran tak mahu alihkan kereta mereka, pasti khemah tu tak dapat di pasang.
Itu baru bab khemah. Belum bab tetamu nak parking semasa majlis berlangsung.
Jika jiran jenis kekwat, mahu berpuluh kali abang DJ kena buat pengumuman supaya alihkan kereta. Pitam abang DJ tu nanti.
Lagi 1, ini pun penting juga. Walaupun menggunakan Katering, tiada kawasan untuk memasak diperlukan, tetapi tetap perlukan kawasan untuk penyediaan makanan.
Jika berjiran dengan orang yang baik dan bertolak ansur, pasti mereka akan meminjamkan ruang garaj kereta mereka untuk dijadikan ruang penyediaan makanan bagi pihak Katering.
Oleh itu, berterima kasihlah pada jiran yang baik hati dan bertolak ansur.
TERIMA KASIH JIRAN
Tetapi, Jika anda rasa, anda tidak memiliki jiran yang bertolak ansur, admin sarankan supaya buatlah majlis perkahwinan anda atau anak anda di Dewan.
Mudah segala urusan dari awal persiapan, hinggalah selesai majlis.
Jika anda nak buat majlis di Melaka, admin ada satu dewan yang menarik untuk anda.
CLASSIQUE - FUNCTION AND WEDDING HALL MELAKA.
0 comments:
Post a Comment