ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Sunday, 24 March 2019

PAKEJ KATERING KANOPI ISDA CATERING DI PERLING, ALOR GAJAH, MELAKA

16:41 , , 0 comments

23.02.19 - SABTU. Majlis ISDA Catering Melaka di Perling, Alor Gajah Melaka.


Majlis kelolaan kami ISDA Catering Melaka bertempat di Perling, Alor Gajah, Melaka.
.
Majlis dengan Pakej Katering Kanopi ISDA ini diuruskan sepenuhnya oleh En Muhd Zakri - www.wassap.my/0173028209/NakPakejISDA.MELAKA2019
.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang pihak ISDA Catering tawarkan, boleh PM kami terus, atau boleh whatsapp ke no di atas.







PAKEJ KATERING KANOPI ISDA DI BUKIT PULAU MELAKA.

14:35 , , 0 comments

23.02.19 - SABTU. MAJLIS ISDA CATERING MELAKA DI BUKIT PULAU, MELAKA


Majlis kelolaan kami ISDA Catering Melaka bertempat di Bukit Pulau, Melaka.
.
Majlis dengan Pakej Katering Kanopi ISDA ini diuruskan sepenuhnya oleh Cik Atieka Ally - www.wassap.my/0182554752/NakPakejISDA.MELAKA2019
.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang pihak ISDA Catering Melaka tawarkan, boleh PM kami terus, atau boleh whatsapp ke no di atas.



Wednesday, 13 February 2019

PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN BERHARGA RM16,900 SAHAJA - PROMOSI KHAS 2019

19:18 , , 0 comments

PAKEJ PROMOSI KHAS 2019. PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN HANYA RM16,900.00 SAHAJA.

Pakej Lengkap Berharga RM16,900.00 ini untuk tempahan minima sebanyak 1,000 pax. Untuk tempahan kurang dari 1,000 pax, lain harganya. Begitu juga untuk tempahan lebih dari 1,000 pax.


Pakej ini kami cipta khas untuk membantu bakal pengantin berjimat di majlis perkahwinan mereka.
.
Harga yang boleh dikatakan murah dan berbaloi untuk dimiliki oleh bakal pengantin Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Muar, Johor DT.
.
Pakej Lengkap RM16,900 ini kami tawarkan secara TERHAD. Terhad kepada 1 majlis sahaja untuk 1 tarikh.
.
Jika tarikh tersebut dah ada pengantin yang booking, kami akan tolak terus pertanyaan anda.
.
Kami buat begini kerana kami ingin mengawal kualiti perkhidmatan kami. Bukan kami jual murah tetapi ambil banyak. Tidak. Kami jual murah, tetapi kami jual 1 pakej sahaja untuk 1 tarikh.
.
Apa yang terdapat dalam Pakej Lengkap RM16,900 ini? Ini dia kami sebarkan untuk pengetahuan anda.
.

.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang pakej ini, boleh terus ke laman HUBUNGI KAMI untuk dapatkan maklumat lanjut.
.
Atau, boleh whatsapp kami terus ke link di bawah:
.
Nak Pakej Lengkap RM16,900
Nak Pakej Lengkap RM16,900

Friday, 1 February 2019

BILA MASA YANG SESUAI NAK TEMPAH KATERING?

01:22 , , 0 comments


Lain tempat atau negeri, lain jangka masanya tau. Tak akan sama atas faktor geografi ataupun taraf hidup mahupun kawasan kediaman.

 Sebagai contoh, garis masa menempah pakej katering di Lembah Klang tak sama dengan di Melaka.

Ini disebabkan faktor taraf kehidupan dan faktor sosio ekonomi.

Apapun, bagi kami di ISDA Catering, kami sediakan sedikit panduan untuk membantu bakal pengantin baru merancang majlis perkahwinan mereka.

Saturday, 26 January 2019

CONTOH SUSUNAN MAJLIS ISDA CATERING JIKA MENEMPAH PAKEJ LENGKAP KAMI.

16:22 , , , 0 comments


Majlis ISDA Catering Melaka pada 8.12.2018 ini bertempat di Dewan MBMB Taman Paya Emas, Melaka.

Pakej yang diambil untuk majlis ini adalah Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan ISDA.

Pakej ini merangkumi katering lengkap, peralatan dewan lengkap, persalinan sanding lelaki dan perempuan, make up bersanding, pelamin sanding dewan, pengacara majlis, PA Sistem berkaraoke dan juga pakej fotografi nikah dan sanding.

Ini adalah Pakej Terlengkap ISDA Catering Melaka setakat ini. Dari A - X kami sediakan untuk majlis ini.

Y dan Z tuan rumah sediakan. hehehe.

Untuk Pakej Lengkap seperti ini, kami rakamkan gambar bermula dari Majlis Akad Nikah. Gambar adalah hasil dari Penal Fotografi kami, BONZO Photography.

1. Gambar ketika majlis Pernikahan akan menjadi permulaan kisah majlis perkahwinan pasangan mempelai 2 sejoli ini.


2. Susunan dan Layout Dewan yang diuruskan kami ISDA Catering Melaka bagi pihak tuan rumah. Persiapan awal ini kebiasaannya akan disiapkan sehari sebelum majlis.



3. Susunan Persiapan hari majlis / hari langsung lebih fokus pada persiapan team katering ISDA Catering Melaka untuk menyediakan hidangan untuk para jemputan dan juga hidangan untuk meja pengantin.


4. Persiapan dan keperluan lain seperti Kek Pengantin atau Pulut Kuning juga mula dipersiapkan untuk tatapan para tetamu.


5. Pelamin yang juga dari ISDA Catering Melaka juga dipastikan siap dan bersedia untuk menerima kehadiran Raja Sehari yang diraikan.


6. Aturcara awalan seperti Selawat, Berzanji, atau Qasidah akan memeriahkan lagi majlis perkahwinan dan seterusnya memohon majlis diberkati dan dirahmati.


7. Sudah termaktub dalam SOP kerja kami, Persiapan di meja buffet akan dipersiapkan selewat-lewatnya jam 10.30 pagi agar dapat menerima kehadiran tetamu yang mula tiba pada jam 11.00 pagi.

Kenapa 10.30 pagi? Supaya ada jarak masa 30 minit untuk memberi ruang para pekerja katering untuk makan terlebih dahulu.

Juga untuk menjamu wakil tuan rumah, atau tuan rumah itu sendiri kerana mereka akan mula menerima tetamu pada jam 11.00 pagi dan agak susah nak curi masa untuk makan nanti.





8. Tetamu dah ramai yang hadir, kini, tibalah masa yang dinantikan. Perarakan Raja Sehari yang diraikan.

Semua keperluan untuk membawa masuk pengantin akan dipastikan bersedia. Contohnya kompang, rombongan pengantin dan seangkatan dengannya.

Supaya pengantin tidak menunggu lama, atau sebaliknya.


9. Kita sandingkan kedua mempelai di atas pelamin yang telah sedia menanti mereka.

Jika ada 'TOL' seperti majlis kami ini, pengantin lelaki sekalian, bersedialah bawak apa yang patut ya untuk bayar 'TOL' tu.

Bayaran 'TOL' nie kena tunai tau. Kalau hutang, memang tak dapatlah bersanding.



10. Bacaan doa oleh wakil tuan rumah, atau pengacara majlis akan membacakan doa.


11. Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan acara 'Salam Restu'. Atau jika dikebanyakkan majlis kahwin, ia digelar acara merenjis dan menepung tawar.



12. Dah selesai acara 'Salam Restu' kita bawa pengantin untuk menjamu selera pula. Semua acara ini akan dirakam oleh fotografer agar ia akan menjadi suatu penceritaan kisah percintaan yang berjaya disatukan di atas nama PERKAHWINAN.



13. Seterusnya, acara 'Potong Pulut Kuning' menggantikan KEK PENGANTIN.


14. Dah selesai acara potong memotong. Suap menyuap. Kita bawa mempelai ke acara seterusnya, iaitu acara BERGAMBAR secara rasminya bersama keluarga atau rakan taulan.





15. Selesai bergambar di majlis, sesi bergambar diteruskan lagi ke destinasi pilihan pengantin untuk sesi OUTDOOR.

Waktu ini, kebiasannya majlis di dewan sudah pun selesai dan proses mengemas sedang berjalan



16. Sekian. Tamatlah kisah persandingan mempelai raja sehari yang diraikan pada hari ini.

Jika anda nak majlis anda berlangsung lancar dan penuh dengan kisah penceritaan, bolehlah pilih kami ISDA Catering Melaka sebagai Wedding Planner anda.

Tapi kenalah tempah Pakej Wedding Planner kami yang Super Lengkap A - X.

Nak dapatkan pakej Super Lengkap A - X ini, boleh whatsapp kami terus ke:


Jika anda nak lihat majlis-majlis kami yang lepas atau tawaran-tawaran semasa, boleh lawati LAMAN FACEBOOK ISDA CATERING MELAKA

Saturday, 12 January 2019

10 Ciri Lelaki Kiriman Tuhan Untuk Dijadikan Suami.

15:52 1 comment


Admin pun tak pasti betul atau tidak ciri-ciri ini sebab setiap wanita ada keinginan masing-masing.

Lain wanita, lain citarasa mereka. Begitu juga dengan latarbelakang kehidupan.

Sebagai contoh, wanita di luar bandar dengan wanita di bandar besar, ciri lelaki idaman mereka pastinya berlainan.

Begitu juga dengan perbezaan tahap sosio ekonomi.

Contoh, wanita tak bekerjaya vs wanita bekerjaya. Pastinya ciri lelaki idaman mereka berbeza.

Jadi, ciri-ciri yang admin kongsikan ini hanyalah sebagai panduan untuk anda ya. Tepat atau tidak, bergantung pada citarasa masing-masing.

1. Tidak Panas Baran dan Tidak Mudah Melenting.

Tak perlu nak dihuraikan dengan lebih panjang. Pastinya 100% wanita tidak suka dengan lelaki yang ada sikap panas baran ini.

Sebab apa? Sebabnya, wanita kan insan yang suka pada kelembutan, belaian. Bukan kekerasan atau kekasaran.

2. Berpegang Teguh Pada Ajaran Agama.

Dalam apa pegangan agama sekalipun, jika seseorang itu menuruti pegangan agama mereka, Insha Allah mereka akan menjadi dambaan wanita seagama mereka.

Tapi kalau sebaliknya, admin tak pastilah nak cakap macam mana. Mungkin 1 dalam sejuta agaknya.😅

3. Ada Nilai Kekeluargaan

Selepas berkahwin, pastinya anda akan membina keluarga. Jika sebelum berkahwin, pasangan anda tu lelaki yang bersikap mementingkan keluarga, Insha Allah selepas berkahwin mereka akan terus mementingkan nilai kekeluargaan.

4. Tiada Ketaksuban Terhadap Kereta Mahupun Motorsikal

Taksub dengan minat nie lain tau. Taksub nie terlampau minat. Bahaya jika terlalu taksub.

Boleh mengakibatkan konflik selepas berkahwin nanti.

5. Berpenampilan Sederhana Tanpa Mengira Jenama.

Ini ciri yang tak berapa relevan bagi sesetengah wanita kerana memang ada wanita yang memang sukakan lelaki yang bergaya, menjaga penampilan dan sama waktu dengannya.

Tak jadi masalah jika berkemampuan. Yang jadi masalah bila prinsip ini dipegang. Prinsip 'Biar Papa, Asal Bergaya'.

Jika prinsip bergayanya seperti ini, larilah jauh-jauh.

6. Tidak Merokok

Merokok memang membahayakan kesihatan. Kepada si perokok dan orang sekelilingnya.

Terutamanya kanak-kanak. Jadi, fikirkanlah wahai si pencinta orang yang merokok.

Suruhlah mereka berhenti.

7. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih

Gajet ada bermacam gajet sekarang nie. Salah satunya adalah Hanphone. Jika setiap kali keluar model baru nak beli, memang rabakla kan?

8.Tidak Suka Lepak Kedai Hipster

Jika sesekali melepak, okla. Tapi kalau tiap-tiap hari, memang susahlah anda dikemudian hari.

Melainkan anda pun jenis kaki kedai Hipster juga. Bolehlah kalau macam tu. Sama-sama kaki kedai hipster. Memang ngam.

9. Banyak Membaca Buku Yang Berciri Pelaburan atau Motivasi.

Ciri ini sangat rare. Tapi kalau tak dapat yang ada ciri begini pun tak apa sebab ia terhad. Limited bak kata orang putih.

Tak kahwin pulak anda nanti kalau terus mencari lelaki yang ada ciri ini.

10. Ada Simpanan dan Pelaburan Terjamin

Ini pun ciri yang rare jugak. Jika dah dapat, simpan dan jaga baik-baik.

Sumber: Pesona Pengantin

KATERING MAKAN MALAM DI KATO MANUFACTURING PETALING JAYA.

15:14 , , , 0 comments

Ini merupakan kali kedua Kato Manufacturing memilih kami untuk menyediakan Hidangan untuk acara syarikat mereka.
.
Kali pertama mereka mengambil kami untuk menyediakan hidangan untuk Jamuan Aidilfitri.
.
Kali ini kami menyediakan hidangan untuk Jamuan Makan Malam pula.
.
Alhamdulillah, moga ada lagi untuk kali ke 3 dan seterusnya. Amin.

Susunan dalam dewan makan Kato oleh ISDA Catering.


Panjang tau meja buffetnya. Sebab apa panjang macam nie? Skrol lagi ke bawah dan anda akan tahu sebabnya.


Inilah sebabnya. Ada lebih 20 menu yang kami sediakan untuk Jamuan Makan Malam ini.

Menu semua adalah permintaan dari mereka.




Jika anda juga ingin membuat jamunan makan malam untuk syarikat anda, boleh hubungi kami terus ya.

Boleh email ke isdacatering@gmail.com atau boleh whatsapp dengan tekan link ini:

NAK PAKEJ JAMUAN UNTUK SYARIKAT