ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Wednesday, 15 November 2017

PERANAN, TUGAS DAN FUNGSI WEDDING PLANNER / PERANCANG PERKAHWINAN

20:32 , 0 comments

TUGAS UTAMA WEDDING PLANNER ADALAH MEMASTIKAN MAJLIS PERKAHWINAN BERJALAN DENGAN LANCAR

Keperluan majlis perkahwinan adalah berbeza-beza mengikut kehendak setiap pasangan pengantin dan keluarga. Perbezaan ini adalah kerana kemampuan kewangan setiap pasangan pastinya berbeza.

Wedding Planner amat sinonim dengan majlis yang mempunyai bajet tinggi dan besar seperti majlis anak-anak orang kenamaan, anak ahli perniagaan dan anak kerabat diraja.

Ini kerana, cas yang tinggi dikenakan oleh Wedding Planner bagi mereka untuk menguruskan sesuatu majlis perkahwinan tersebut.

ISDA CATERING MENAWARKAN KHIDMAT WEDDING PLANNER / PERANCANG PERKAHWINAN

Kini anda tak perlu risau lagi dengan perkara ini kerana Kami Di ISDA Catering dan ISDA Catering Melaka ada menawarkan pakej yang dilengkapi dengan khidmat Wedding Planner / Perancang Perkahwinan dengan kadar yang rendah.

Apa peranan dan tugas kami sebagai Wedding Planner / Perancang Perkahwinan anda adalah:

  1. Kami akan membantu memudahkan pengurusan dan perancangan majlis bermula dari Majlis Pernikahan, Majlis Malam Berinai dan Majlis Bersanding. Bergantung pada pakej yang anda ambil. Kebanyakkan pengantin kami, kami hanya uruskan majlis persandingan dan perkahwinan sahaja kerana urusan pernikahan diuruskan oleh keluarga terdekat.
  2. Kami sebagai Wedding Planner membantu anda menjimatkan kos dengan mendapat harga istimewa dari pembekal majlis perkahwinan seperti Bridal, Make Up Artis, Fotografi, Katering, Khemah atau Peralatan Dewan dan sebagainya.
  3. Selain dari penjimatan KOS, kami juga berperanan membantu keluarga dan bakal pengantin menjimatkan masa. Faktor masa amat perlu dititikberatkan semasa merancang majlis. Ini kerana terlalu banyak komitmen masa yang perlu diluangkan untuk memastikan persiapan majlis perkahwinan mencukupi. Dengan memilih pakej dari kami, ISDA Catering, banyak masa yang boleh bakal pengantin jimatkan kerana kebanyakkan urusan telah pihak kami lakukan.
  4. Kami di ISDA Catering juga bertindak sebagai koordinator majlis pada hari majlis anda itu nanti. Keluarga Pengantin tak perlu lagi terkejar-kejar menguruskan persiapan dan kelengkapan majlis keran pihak kami yang akan mengkordinasikan majlis tersebut.
  5. Boleh rujuk link ini untuk contoh Aturcara Majlis yang biasa kami gunakan untuk majlis perkahwinan - ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN

Kami di ISDA Catering & Wedding Planner, menyediakan perkhidmatan Wedding Planner / Perancang Perkahwinan yang akan membantu memudahkan bakal-bakal pengantin dalam menyiapkan dan menyediakan semua yang berkaitan dalam sesuatu Majlis Perkahwinan.

Kami juga turut menyediakan pelbagai Pakej Perkahwinan Lengkap yang dilengkapi dengan Khidmat Wedding Planner / Perancang Perkahwinan yang mengikut trend terkini dan pastinya dapat memenuhi citarasa bakal pengantin.

Dan Paling penting, kami sediakan pelbagai pilihan pakej yang boleh dipilih mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Wednesday, 8 November 2017

4 HUKUM BERKAHWIN

18:11 , 0 comments


Berkahwin pun ada hukum tau sebenarnya. Ia boleh jatuh hukum sebagai Wajib, Sunat, Haram ataupun Makruh.

Anda yang masih bujang tu, anda tergolong di golongan yang mana?

Anda sendiri yang tentukan.

Ini dia 4 HUKUM BERKAHWIN
.
#1. Wajib Berkahwin


#2. Sunat Berkahwin


#3. Haram Berkahwin


#4. Makruh Berkahwin


Ini dia 4 HUKUM BERKAHWIN yang ditetapkan oleh Islam.

Pada yang dah berkemampuan dari segi kewangan dan sudah ada pasangan, Sunat untuk anda menamatkan zaman bujang anda dan pasangan.

Jika anda takut terjerumus ke Zina, maka WAJIB untuk anda Bernikah/Berkahwin.

Tuesday, 7 November 2017

ISDA OPEN DAY 2.0

14:34 , , , , , , 0 comments


Di Posting ini kami akan Update Segala Informasi Berkaitan ISDA Open Day 2.0. Antara informasi yang bakal kami kongsikan adalah Senarai Vendor Yang Terlibat, Aktiviti Semasa Open Day ISDA 2.0, Promosi Semasa Berlangsungnya Open Day ini dan lain-lain update.

Tuesday, 31 October 2017

ATURCARA / AGENDA MAJLIS PERKAHWINAN DI DALAM DEWAN

23:49 , 9 comments


MAJLIS DI DEWAN ATAU DI KHEMAH

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dewan kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di rumah atau taman yang menggunakan kanopi.

Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.

LANTIK SEORANG FLOOR MANAGER



Untuk aturcara majlis perkahwinan di dalam dewan nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.

Kalau nak harap pengantin yang atur ataupun mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.

Floor Manager boleh jadi rakan pengantin ataupun adik beradik pengantin. Yang penting, sebagai Floor Manager, dia harus tahu mengawal situasi majlis. Jika ada pengalaman lagi bagus.

Jika tiada individu yang layak untuk menjadi Floor Manager, Sebaik-baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.

PENGACARA ATAU DJ MEMAINKAN TUGAS PENTING


Jika tak ada, cari khidmat Pengacara Majlis atau DJ yang berpengalaman dalam mengatur aturcara majlis dan pastikan ia mengikut kehendak anda atau hasil perbincangan anda dan keluarga.

Nak tahu mereka berpengalaman atau tidak? Tanya cara mengaturkan majlis.

Lebih bagus jika anda dah pernah lihat cara Pengacara Majlis atau DJ itu beraksi mengatur majlis perkahwinan rakan atau saudara mara anda.

Aturcara Majlis Perkahwinan di Dalam Dewan

Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di dalam dewan adalah seperti berikut:

Untuk majlis di dewan, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.


Lebih elok jika masuk dulu sebelum pengantin kerana ia akan mengurangkan kesesakan dalam dewan.

Jika majlis di hotel-hotel, mereka akan bawa rombongan masuk terlebih dahulu. Kemudian baru pengantin di bawa masuk.

Kalau dewan besar tak apala, kalau dewan sederhana atau kecil, anda bayangkanlah kesesakannya ya jika rombongan yang mengiringi anda tu lebih dari 50 orang.

MULAKAN ACARA BESAR MAJLIS PERKAHWINAN

1. Berarak dari turun kereta atau tempat menunggu sehingga Pintu Gerbang. - Berarak diiringi Paluan Kompang live, Kompang Audio atau Bagpipe atau lain-lain

2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin (Ada Pengantin yang terus berarak ke Pelamin) - Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin

3. Bersanding di atas pelamin.

4. Bacaan Doa - Sebaiknya wakil tuan rumah jemput Imam atau Ustaz dari kalangan kenalan untuk membaca Doa. Ia lebih dekat dan Insha Allah lebih berkat.

5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang - Sekarang dah kurang orang buat aturcara merenjis nie. Kami di ISDA Catering tukar kepada Acara Salam Restu. Tiada lagi tabur-tabur beras dan bunga rampai.

6. Makan Beradab - Masukkan persembahan jika ada.

7. Potong kek - Jangan lupa pilih lagi romatik yang jadi simbolik cinta anda dan minta DJ mainkan semasa potong kek. Memang indah saat ini.

8. Sesi bergambar - Masa ini, jurugambar dan DJ / Pengacara Majlis akan saling berkomunikasi untuk menyusun aturan orang yang akan bergambar.

9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.

10. Acara Outdoor Photography

Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.

ATURCARA BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN

Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dewan.

Kemudian baru berarak bersama. Pilihan bergantung pada tradisi keluarga, tradisi masyarakat atau kehendak anda sendiri.

Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang kami kelolakan di majlis-majlis kami ISDA Catering & Wedding Planner.

Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.

Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke isdacatering@gmail.com

Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.

Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.

TESTIMONI IBU PENGANTIN YANG PUAS HATI DENGAN KHIDMAT KAMI


Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.

Tuesday, 10 October 2017

ANTARA KOLEKSI BUSANA DARI ISDA CATERING & WEDDING PLANNER RAWANG

17:26 , , , , , 0 comments

GAMBAR MERUPAKAN ANTARA KOLEKSI BUSANA KAMI UNTUK PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN YANG MURAH DAN BERBALOI BERHARGA RM15,900 UNTUK 1000 pax.
.








Pakej Lengkap Perkahwinan Lengkap dan Murah ini Termasuk pakej Fotografi dan harganya hanya RM15,900.
.
Apa yang anda akan dapat dengan harga RM15,900.00 ini? Ini dia kami senaraikan apa yang anda akan dapat:
.
1. KATERING 1000pax
.
2. PERALATAN DEWAN atau 6 SET KANOPI LENGKAP
.
3. PELAMIN SANDING
.
4. PERSALINAN SANDING
.
5. MAKE UP SANDING
.
6. FOTOGRAFI SANDING
.
7. PA SISTEM BERKARAOKE
.
8. PENGACARA MAJLIS @ DJ
.
9. KOMPANG atau TARIAN atau SILAT
.
10. KEK PENGANTIN 3 TINGKAT
.
11. HIDANGAN PENGANTIN
.
12. KUIH MUIH DAN TEH TARIK
.
13. PELAYAN BERSERAGAM
.
14. SESI OUTDOOR (FOTOG)
.
15. KOORDINATOR MAJLIS
.
16. WEDDING PLANNER.
.
Banyak nie servisnya. Ini antara servis utama yang disediakan disamping ada servis-servis sampingan untuk pakej RM15,900.00 ini.
.
Harga asal pakej RM15,900.00 ini adalah RM17,900.00. Banyak penjimatan yang bakal anda perolehi dengan menempah pakej PROMOSI ini.
.
Seperti biasa, pakej ini TERHAD untuk 1 MAJLIS pada 1 TARIKH SAHAJA.
.
Siapa Cepat Booking, dialah yang dapat.
.
Cik Ashmeeme : 0173028209 - http://alturl.com/fbrme
Cik Atieka : 0172484752 - https://goo.gl/vCAAhC

Sunday, 27 August 2017

Portfolio Majlis ISDA CATERING MELAKA : DEWAN SMK DATO MOHD TAHA

15:40 , , , , , 0 comments

Pakej Katering Dewan Lengkap oleh Team ISDA Catering Melaka di Dewan SMK Dato Mohd Taha, Gemenceh, Negeri Sembilan.
.
Tema berwarna Gold pilihan pengantin untuk majlis mereka.
.
Kami dari ISDA Catering Melaka menyediakan khidmat Katering 1000pax, Pelayan Berseragam, Peralatan Dewan, Hidangan Pengantin, Kek Pengantin, dan kuih muih.
.






Wednesday, 23 August 2017

PILIHAN KEK PENGANTIN - KEK FONDANT VS KEK KRIM

01:00 , 0 comments

TIPS PEMILIHAN KEK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN.

Terdapat 2 jenis finishing utama untuk kek pengantin. Yang pertama KEK FONDANT. Yang kedua adalah KEK KRIM.

Kek mana satu sesuai untuk majlis perkahwinan?

Ia bergantung pada lokasi majlis anda, di dalam dewan atau di rumah/kanopi.

Pemilihan juga bergantung pada acara majlis anda seperti nak potong kek di hadapan pelamin atau hadapan meja makan beradab.

Ini semua perlu diambil kira kerana ia akan menentukan LOKASI KEDUDUKAN KEK sepanjang majlis.

Kek Fondant memang kalis kedudukan kerana ia kek yang tahan lasak. Tahan CUIT kanak-kanak dan tahan cuaca panas.

Manakala KEK KRIM nie sangat sensitif. Kena Cuit dengan orang jer dah rosak. Hilang seri hiasannya bila terlalu panas.

Ini Contoh KEK FONDANT dalam PAKEJ ISDA CATERING

Ini pula contoh KEK KRIM untuk PAKEJ ISDA CATERING

Jadi, bagi kami di ISDA Catering, kami galakkan Pengantin memilih KEK FONDANT walaupun harganya lebih mahal berbanding KEK KRIM.

Kek Fondant juga kami galakkan untuk pilih kerana mudah untuk di bawa. Naik kereta pun mudah untuk diuruskan.

Kami di ISDA Catering memang menyediakan KEK PERCUMA untuk pakej tertentu sebagai pelengkap majlis anda.