ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Tuesday, 30 June 2020

PAKEJ KATERING & PERKAHWINAN NORMA BARU 2020

18:39 0 comments


Oleh kerana Wabak Covid 9 melanda negara kita dan kerajaan telah mengeluarkan peraturan baru untuk melangsungkan majlis keraiaan seperti majlis perkahwinan, maka, kami terpaksa membuat Pakej Baru untuk Majlis di waktu PKPP.

Kami gelar ia, Pakej Katering & Pakej Perkahwinan NORMA BARU.

Kami di ISDA Catering dan ISDA Catering Melaka, ada beberapa pakej khas untuk situasi Norma Baru ini.

Berikut adalah pakej kami untuk Pakej Norma Baru 2020.

PAKEJ NORMA BARU - KATERING SAHAJA.




PAKEJ KATERING KANOPI NORMA BARU.



PAKEJ KATERING DEWAN NORMA BARU. (Tak Termasuk Sewaan Dewan)



PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP KANOPI NORMA BARU.



PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DEWAN NORMA BARU. (Harga Tak Termasuk Sewaan Dewan)



Gambar di atas adalah butiran Pakej Untuk Situasi Norma Baru yang kita sedang alami.

Pakej ini hanya boleh ditempah sehingga 31 Julai 2020. Selepas tarikh 31 Julai 2020, akan ada pakej baru yang akan kami keluarkan.

Jadi, tempah segera untuk dapatkan Pakej dengan Harga Norma Baru ini.

Untuk pertanyaan lanjut tentang pakej Norma Baru ini, boleh whatsapp kami terus dengan tekan link yang kami sediakan di bawah:

Link Whatsapp:

ISDA Catering KL/Selangor
ISDA Catering Melaka

Friday, 1 May 2020

MAKANAN SUNNAH UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN

16:40 0 comments

Makanan Sunnah #1 – Madu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.


Makanan Sunnah #2 – Kismis

Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.


Makanan Sunnah #3 – Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.


Makanan Sunnah #4 – Buah Tin

Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin: 1-4)

Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.


Makanan Sunnah #5 – Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

Makanan Sunnah #6 – Habatus Sauda’

Dari dulu lagi saya mengamalkan minyak habatus sauda’ sebagai makanan tambahan untuk diri saya. Jujurnya bukanlah fokus untuk otak kerana ketika itu saya hanya tahu bahawa biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit (saya jenis yang mudah jatuh sakit).


Makanan Sunnah #7 – Susu Kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.


Sumber: https://zayan.my/zayan-pit-stop/kesihatan/7-makanan-sunnah-yang-patut-anda-amalkan

Sunday, 26 April 2020

RESEPI BERBUKA PUASA: MANGGO SHAKE VIRAL

16:01 , , 0 comments

RESEPI BERBUKA PUASA: MANGGO SHAKE VIRAL.

Gambar Ihsan Dari Google.com

.
Untuk menyediakan Manggo Shake Viral Untuk Berbuka Puasa, Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
.
1. Mangga Manis siap dikupas buang kulitnya.
2. Aiskrim Perisa Vanila
3. Susu Segar - Susu kotak pun boleh juga.
4. Sedikit Perasa Mangga - Untuk naikkan lagi rasa mangga tu. Kalau taknak, tak perlu letak.
5. Ais Kiub.
6. Air Gula - Untuk yang suka manis sahaja.

Berapa banyak bahan yang anda perlukan bergantung pada berapa ramai atau berapa banyak anda nak minum. Jika nak buat 1 gelas sahaja, cukup sekadar guna 2 biji mangga, segelas susu segar dan  ceduk aiskrim.
.
Jika nak buat untuk sekeluarga, gandakanlah bilangan mengikut selera anda.

Cara penyediaan Manggo Shake Viral.
.
1. Masukkan Mangga, Susu Segar, Aiskrim Perisa Vanila dan Ais Kiub, Perasa Mangga dan Air Gula ke dalam Blender dan kisar hingga halus.
2. Tuang dalam Gelas dan hidangkan untuk berbuka Puasa.
3. Tunggu waktu berbuka dan boleh minum seisi keluarga

Tuesday, 24 March 2020

10 SENARAI LAGU PILIHAN YANG SESUAI UNTUK SESI MEMOTONG KEK.

15:43 , , , 1 comment


Salah satu aturcara dalam majlis perkahwinan adalah Acara Memotong Kek. Acara yang menunjukkan simbolik penyatuan dua hati. Ada juga yang menukar Kek Pengantin dengan Pulut Kuning.

Apapun ia bergantung pada pilihan pengantin yang diraikan.

Untuk menjayakan Acara Memotong Kek ini, kebiasaannya DJ akan memainkan lagu-lagu cinta, lagu-lagu romantik bagi mengiringi aturcara ini.

Ada beberapa lagu yang menjadi pilihan ramai. Ini dia admin senaraikan Lagu Pilihan Untuk Sesi Memotong Kek.

1. My Baby You - Marc Anthony



2. My All - Mariah Carey



3. Lewis Capaldi - Somebody You Loved


4. Column Scott - Your Are The Reason


5. John Legend - All Of Me


6. Cristina Peri - Thousand Years


7. Andmesh Kamaleng - Cinta Luar Biasa


8. Rossa - Ayat-Ayat Cinta


9. Afghan - Jodoh Pasti Bertemu


10. Rossa Ft Pasha - Terlanjur Cinta



Inilah antara Lagu Pilihan Ramai Pengantin Untuk Sesi Memotong Kek. Jika anda ada pilihan lagu lain, boleh minta DJ mainkan ketika anda potong kek. Lagu yang ada kena mengena dengan kisah cinta anda atau lagu zaman bercinta anda, bolehla anda pilih.

Sunday, 22 March 2020

10 RESEPI CARIAN RAMAI ORANG MALAYSIA DI TAHUN 2019

20:43 , 0 comments

Berikut merupakan 10 Senarai Resepi Carian Ramai Rakyat Malaysia Pada Tahun 2019.

Nampaknya, resepi tradisi orang Melaka iaitu Asam Pedas mendahului senarai ini. Apa lagi resepi yang ramai orang Malaysia cari pada tahun 2019? Rujuk senarai di bawah ini:


Sumber: Google Trends

Friday, 28 February 2020

JIKA TAKNAK MERENJIS, NAK GANTI DENGAN APA?

11:12 , 0 comments


MERENJIS ATAU TIDAK?
.
1. Dalam acara perkahwinan Melayu, terdapat acara merenjis dan menepung tawar.
.
2. Acara ini dilangsungkan ketika pengantin duduk bersanding di atas pelamin.
.
3. Admin tak pasti apa tujuan sebenar acara merenjis dan menepung tawar ini. Mungkin sekadar mengikut adat orang dulu-dulu.
.
4. Tapi sekarang sudah ramai yang sedar akan ketidakpentingan acara merenjis dan menepung tawar ini. Jadi, banyak majlis yang tiada lagi acara ini.
.
5. Tak jadi masalah pun majlis tanpa acara merenjis dan menepung tawar nie. Majlis tetap berjalan seperti biasa.
.
6. Cuma, jika majlis yang kami kelolakan, kami akan gantikan acara merenjis dengan acara SALAM RESTU.
.
7. Kedua IbuBapa Pengantin, saudara mara atau sahabat handai akan naik dan mengucapkan tahniah juga doa buat Kedua mempelai.
.
8. Seterusnya, fotografer akan ada gambar moment indah ini untuk dimasukkan dalam album mempelai nanti.
.
9. Terutamanya gambar Salam Restu Kedua IbuBapa.

Monday, 17 February 2020

PAKEJ KATERING AQIQAH ISDA

15:06 , 0 comments

Rancang nak buat kenduri Akikah. Memang tak boleh nak tangguh lagi sebab hujung bulan April dah mula Berpuasa.
.
Nak buat majlis sebelum tibanya bulan Ramadan, kenalah mula survey pakej bermula sekarang. 
.
Jom survey pakej Katering Aqiqah yang kami sediakan. Kami di ISDA Catering Melaka ada menawarkan Pakej Khas untuk Kenduri Aqiqah.
.
Pakej Katering Untuk Kenduri Aqiqah kami bermula dari RM2,490.00. Harga untuk makanan 100pax dan Kambing Aqiqah dimasak buat lauk.
.
Kami cover seluruh Negeri Selangor, KL dan Melaka untuk pakej Aqiqah ini. Jangan risau tentang kos pengangkutan tambahan ya.
.
Untuk pertanyaan lanjut tentang Pakej Aqiqah kami, boleh hubungi terus ke 0182880239 atau Tekan jer link ini utk whatsapp beliau - www.wassap.my/0182880239/BlogNakPakejAqiqahISDA
.
#kateringaqiqahmelaka
#kateringaqiqah
#isdacateringmelaka
#kateringmelaka