JIKA TAKNAK MERENJIS, NAK GANTI DENGAN APA? ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Friday, 28 February 2020

JIKA TAKNAK MERENJIS, NAK GANTI DENGAN APA?

11:12 , 0 comments


MERENJIS ATAU TIDAK?
.
1. Dalam acara perkahwinan Melayu, terdapat acara merenjis dan menepung tawar.
.
2. Acara ini dilangsungkan ketika pengantin duduk bersanding di atas pelamin.
.
3. Admin tak pasti apa tujuan sebenar acara merenjis dan menepung tawar ini. Mungkin sekadar mengikut adat orang dulu-dulu.
.
4. Tapi sekarang sudah ramai yang sedar akan ketidakpentingan acara merenjis dan menepung tawar ini. Jadi, banyak majlis yang tiada lagi acara ini.
.
5. Tak jadi masalah pun majlis tanpa acara merenjis dan menepung tawar nie. Majlis tetap berjalan seperti biasa.
.
6. Cuma, jika majlis yang kami kelolakan, kami akan gantikan acara merenjis dengan acara SALAM RESTU.
.
7. Kedua IbuBapa Pengantin, saudara mara atau sahabat handai akan naik dan mengucapkan tahniah juga doa buat Kedua mempelai.
.
8. Seterusnya, fotografer akan ada gambar moment indah ini untuk dimasukkan dalam album mempelai nanti.
.
9. Terutamanya gambar Salam Restu Kedua IbuBapa.

0 comments:

Post a comment