8 TARIKH HOT 2019 UNTUK BUAT WEDDING ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Friday 14 September 2018

8 TARIKH HOT 2019 UNTUK BUAT WEDDING

19:27 , 0 comments


Korang nak buat majlis 2019 dan masih belum ada tarikh tetap lagi? Nie admin dah buat sedikit kajian untuk 8 Tarikh HOT Buat Majlis Kahwin Tahun 2019.

1. 2 & 3 Februari 2019 - Sabtu & Ahad


Kenapa tarikh nie? Sebabnya, pada hari Selasanya, 5.2.2019 akan ada cuti Raya Cina. Cuti panjang tu. Memang sesuai untuk buat majlis kahwin.

Tak perlu nak mohon cuti yang banyak untuk pergi Bulan Madu lepas majlis tu.

2. 23 & 24 Mac 2019 - Sabtu & Ahad


Tarikh nie pulak, tarikh bermulanya cuti sekolah penggal pertama. Kan kenduri kahwin memang sinonim dengan cuti sekolah.

Apa sebabnya? Sebabnya, nanti saudara mara yang tinggal jauh boleh datag jugak. Kan?


3. 17 & 18 Ogos 2019 - Sabtu & Ahad


Tarikh nie pun tarik cuti sekolah jugak. Dan cantik jugak tarikh 18.8.19 tu.

4. 31 Ogos 2019 - Sabtu

Ini memang tarikh Super Duper Hot. Sebabnya, ia adalah tarikh kemerdekaan Malaysia yang mana akan ada Cuti Umum setiap tahun.


Dan, tahun-tahun mendatang, kalau nak sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan, tak perlulah nak mohon cuti. Sebab dah confirm cuti. Indah betul. hehehe

5. 1 September 2019 - Ahad


Yang ini tak perlulah admin nak tekankan lagi kehangatan tarikh 1.9.19 ini. Pasti korang sendiri dah tahu tarikh nie kenapa jai Sangat Hot.

6. 14 & 15 September 2019 - Sabtu & Ahad

Cuti Hari Malaysia jatuh pada 16 Sept 2019. Iaitu hari Isnin. Maka, Sabtu dan Ahad tu memang Hot juga sebab boleh sambung cuti sampai Isnin.

7. 19 Oktober 2019 - Sabtu


Selain Tarikh 1.9.19, tarikh Cantik di tahun 2019 adalah 19.10.19. Kebetulan ia jatuh pada hari Sabtu, memang ngam sangatlah kan?

8. SABTU & AHAD SEPANJANG BULAN DISEMBER

Memang tak perlu diterangkan lagi sebabnya. Sebabnya adalah Cuti Sebulan untuk musim persekolahan.

Memang ramai akan buat majliskan?


Inilah 8 Tarikh Hot Untuk Melangsungkan Majlis Perkahwinan bagi tahun 2019. Tarikh ini adalah berdasarkan pemantauan admin yang dah berkecimpung lebih dari 5 tahun dalam bidang perkahwinan nie.

Memang tarikh-tarikh beginilah yang menjadi pilihan pengantin. Jadi, jika korang nak buat majlis pada tarikh HOT ini, perlulah buat tempahan awal.

Jika lambat, katerer atau wedding planner pilihan korang mungkin akan Fully Booked dan taknak ambil tempahan bagi majlis korang.

Moga tarikh HOT dari perkongsian ini dapat membantu korang semua ya. Jika bermanfaat, kongsikanlah di FB atau Twitter mahupun IG korang.

0 comments:

Post a Comment