Monday, 17 February 2025
MENU HARIAN BAGI BUFFET BERBUKA PUASA MELAKA - SAJIAN WARISAN ISDA 2025
Sunday, 20 October 2024
ATURCARA MAJLIS JIKA MELANGSUNGKAN MAJLIS DI DEWAN ANJUNG ISDA
Satu lagi kelebihan jika anda memilih untuk melangsungkan majlis di Dewan Anjung ISDA adalah, kami akan uruskan sepenuhnya aturcara majlis anda.
Koordinator majlis kami bersama Deejay bertugas akan memastikan aturcara majlis persandingan anda berjalan dengan lancar dan teratur.
Berikut adalah aturcara majlis perkahwinan anda jika melangsungkan majlis di Dewan Anjung ISDA.
Jika anda berminat naj tahu lebih lanjut tentang Pakej Dewan Anjung ISDA, boleh tekan link di bawah ini. Pakej Dewan Anjung ISDA bermula dari RM5999 untuk 200 orang tetamu jemputan. Sesuai untuk buat majlis akad nikah.
Ini linknya ya: PM PAKEJ DEWAN ANJUNG ISDA
Wednesday, 16 October 2024
BUFFET MAKAN MALAM HARI MINGGU DI DEWAN ANJUNG ISDA
Buffet Malam Minggu ISDA khas untuk pelancong ke Negeri Melaka.
Buffet Makan Malam Hari Minggu ISDA ini kami buat khas untuk para pelancong yang datang ke negeri Melaka secara berkumpulan.
Tempat mereka tinggal seperti homestay atau hotel tidak menyediakan Buffet Makan Malam, jadi, mereka perlu mencari alternatif untuk makan malam secara berkumpulan.
Melaka ini popular sebagai lokasi pelancongan, jadi kami membantu para pelancong yang hadir ke Melaka mudah untuk mencari jamuan makan malam yang boleh menampung tempahan berkumpulan.
Kami sasarkan epada kumpulan pelancong yang datang ke Melaka untuk menjalankan aktiviti Family Day, Konvoi Motosikal ataupun kereta, dan juga rombongan murid-murid sekolah mahupun pelajar universiti.
Untuk pertanyaan lanjut tentang buffet malam minggu ISDA ini, boleh ubungi kami dengan tekan link di bawah ini.
www.wassap.my/0108825750/Buffet_Malam_Minggu_ISDA
www.wassap.my/0182880239/Buffet_Malam_Minggu_ISDA
Buffet Malam Minggu ISDA ini kami akan buka pada pra tempahan sahaja. Tiada walk in akan kami ambil.
Buffet Malam Minggu ISDA ini akan diadakan di Dewan Anjung ISDA, di Taman Teknologi Cheng (Kawasan Melaka Tengah). Berdekatan dengan landmark yang senang untuk anda cari iaitu berdekatan Pasaraya NSK Cheng.
Buffet Malam Minggu ISDA ini kami akan buka pada hari Jumaat & Sabtu Sahaja. Hari-hari lain tertakluk pada tempahan minima 50pax
Monday, 14 October 2024
PROMOSI PERCUMA PELAMIN
Kami di ISDA Catering Melaka ada membuat PROMOSI hujung tahun ISDA yang menawarkan PELAMIN PERCUMA jika membuat Tempahan Pakej Katering ISDA.
Tak kisah anda nak buat majlis di Dewan atau di rumah, anda boleh dapat PROMOSI ini.
PROMOSI Ini terhad pada 1 majlis pada 1 tarikh sahaja. Jadi, siapa booking dulu tarikh tersebut, dialah yg dapat pakej PROMOSI Ini.
Berikut adalah GAMBAR PELAMIN yang boleh dipilih.
Untuk butiran Lengkap PROMOSI Ini, anda boleh Whatsapp kami dengan tekan link di bawah Ini.
Wednesday, 7 August 2024
PAKEJ DEWAN ANJUNG ISDA - RM8999 UNTUK 500PAX
Pakej Lengkap Perkahwinan Termasuk Dewan kami di Taman Teknologi Cheng, Melaka. Dewan Anjung ISDA
Pakej ini boleh ditempah untuk majlis Perkahwinan atau pernikahan dengan tempahan minima adalah 200pax.
Untuk Buat Majlis Perkahwinan dengan Jemputan 500 orang, harganya cuma RM8999 sahaja.
Memang berbaloi Harga pakej kami ini. Harga lebih Murah berbanding anda buat majlis di Rumah menggunakan khemah/kanopi.
Dengan 1 Harga ini, anda akan dapat:
.
1. Katering 500pax
2. Hidangan Pengantin
3. Hidangan Dome utk Rombongan
4. Pelayan Berseragam
5. Meja Beralas 2 Layer.
6. Kerusi Bersarung + Riben
7. Meja Makan Pengantin
8. Meja Buffet
9. Meja Gift & Hadiah
10. PERCUMA - PA Sistem
11. PERCUMA - DJ Bertugas
12. PENGGUNAAN VENUE MAJLIS
13. Krew Jaga Parking
14. Koordinator Majlis
Nak tahu lebih lanjut, tekan link 'WHATSAPP ANJUNG ISDA' di bawah nie.
Tuesday, 6 August 2024
ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN DI RUMAH
Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di rumah kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di dewan.
Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.
LANTIK SEORANG FLOOR MANAGER
Untuk aturcara majlis perkahwinan di rumah nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.
Kalau nak harap pengantin yang atur ataupun mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.
Floor Manager boleh jadi rakan pengantin ataupun adik beradik pengantin. Yang penting, sebagai Floor Manager, dia harus tahu mengawal situasi majlis. Jika ada pengalaman lagi bagus.
Jika tiada individu yang layak untuk menjadi Floor Manager, Sebaik-baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.
PENGACARA ATAU DJ MEMAINKAN TUGAS PENTING
Nak tahu mereka berpengalaman atau tidak? Tanya cara mengaturkan majlis.
Lebih bagus jika anda dah pernah lihat cara Pengacara Majlis atau DJ itu beraksi mengatur majlis perkahwinan rakan atau saudara mara anda.
Aturcara Majlis Perkahwinan di Rumah
Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di rumah adalah seperti berikut:
Untuk majlis di rumah, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.
Jika majlis di hotel-hotel atau dewan-dewan besar, mereka akan bawa rombongan masuk terlebih dahulu. Kemudian baru pengantin di bawa masuk.
Memang akan berlaku kesesakan jika rombongan berarak sekali dengan pengantin. Terutamanya jika rombongan yang datang sangat ramai iaitu melebihi 30 orang.
MULAKAN ACARA BESAR MAJLIS PERKAHWINAN
1. Berarak dari turun kereta atau tempat menunggu sehingga Pintu Gerbang. - Berarak diiringi Paluan Kompang live, Kompang Audio atau Bagpipe atau lain-lain
2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin (Ada Pengantin yang terus berarak ke Pelamin) - Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin
3. Bersanding di atas pelamin.
4. Bacaan Doa - Sebaiknya wakil tuan rumah jemput Imam atau Ustaz dari kalangan kenalan untuk membaca Doa. Ia lebih dekat dan Insha Allah lebih berkat.
5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang - Sekarang dah kurang orang buat aturcara merenjis nie. Kami di ISDA Catering tukar kepada Acara Salam Restu. Tiada lagi tabur-tabur beras dan bunga rampai.
6. Makan Beradab - Masukkan persembahan jika ada.
7. Potong kek - Jangan lupa pilih lagi romatik yang jadi simbolik cinta anda dan minta DJ mainkan semasa potong kek. Memang indah saat ini.
8. Sesi bergambar - Masa ini, jurugambar dan DJ / Pengacara Majlis akan saling berkomunikasi untuk menyusun aturan orang yang akan bergambar.
9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.
10. Acara Outdoor Photography
Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.
Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di khemah.
Kemudian baru berarak bersama. Pilihan bergantung pada tradisi keluarga, tradisi masyarakat atau kehendak anda sendiri.
Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang kami kelolakan di majlis-majlis kami ISDA Catering & Wedding Planner.
Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.
Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke isdacatering@gmail.com
Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.
Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.
TESTIMONI IBU PENGANTIN YANG PUAS HATI DENGAN KHIDMAT KAMI
Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.
Monday, 15 July 2024
OPEN DAY ISDA CATERING MELAKA 2024
Kami di ISDA Catering Melaka akan mengadakan Open Day (Hari Terbuka) pada hari Sabtu, 03 OGOS 2024.
Bertempat di Dewan Anjung ISDA - Event Space bermula jam 11.00 pagi hingga am 4.30 petang.
Terdapat pelbagai PROMOSI yang kami sediakan pada Open Day kami ini, antara yang anda boleh pilih salah satu:
1. Diskaun Pakej sebanyak RM500.00
2. Tambahan Pelamin Rumah/Kanopi hanya RM1000.
3. Atau, PERCUMA 7 item tambahan.
Ini antara PROMOSI yang kami sediakan. Jika ada promosi lain, kami akan update dari masa ke semasa.
Untuk pertanyaan lanjut tentang OPEN DAY ISDA Catering Melaka, boleh whatsapp kami dengan tekan link di bawah ini:
.
www.wassap.my/0108825750/PM_OpenDay_ISDA
www.wassap.my/0182880239/PM_OpenDay_ISDA
.
#isdacateringmelaka #OpenDayISDA #kateringkahwinmelaka #kateringmelaka






















-01.jpeg)














