ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN): Pakej Wedding Planner

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Showing posts with label Pakej Wedding Planner. Show all posts
Showing posts with label Pakej Wedding Planner. Show all posts

Saturday, 5 August 2017

Portfolio Majlis ISDA CATERING MELAKA : DEWAN IPK BUKIT BERUANG - 5.8.2017

21:04 , , , , , , 0 comments

Majlis pada hari Sabtu bersamaan 5.8.2017 bertempat di Dewan IPK Bukit Beruang.

Pakej Perkahwinan Lengkap ISDA Catering Melaka yang diuruskan sepenuhnya oleh Wedding Planner kami Cik Ashmeeme Zul - SAZ Wedding Planner.

Peralatan Dewan dan Katering disediakan sepenuhnya oleh team ISDA Catering Melaka.

Busana Pengantin dan Pelamin pula oleh Atelier Wedding Concept.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej lengkap perkahwinan seperti ini, boleh terus ke Laman HUBUNGI KAMI.

LAYOUT MEJA PENGANTIN MAKAN PENGANTIN BERLATARBELAKANGKAN PELAMIN DI DEWAN IPK BUKIT BERUANG. 



SUSUNAN MEJA BUFFET ISDA CATERING MELAKA DI DEWAN IPK BUKIT BERUANG



LAYOUT DAN SUSUNAN MEJA DI DALAM DEWAN IPK BUKIT BERUANG

KLIK HUBUNGI KAMI untuk mendapatkan informasi hubungi kami.

Tuesday, 8 November 2016

PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN BAJET DAN MURAH UNTUK PASARAN SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN MELAKA

01:14 , , , , , 0 comments

Salah satu cara untuk berjimat dalam perancangan majlis perkahwinan adalah dengan membuat majlis dengan jumlah jemputan yang sedikit/sederhana.
.
Jemputan yang tak terlalu banyak akan menjimatkan bajet kewangan dari segi tempahan makanan dan juga door gift (berkat).
.
Berdasarkan keadaan ekonomi yang agak lembab sekarang ini, jumlah jemputan sebanyak 500 orang sudah memadai.
.
Jemput saudara mara dan rakan-rakan terdekat sahaja.
.
Bila jemputan dah sedikit, anda juga boleh buat majlis di dewan yang sederhana atau kecil.
...
Tak perlu dewan-dewan yang besar yang kos sewaannya sangat tinggi.
Dah 2 perkara dapat dijimatkan bila buat majlis dengan jemputan yang sedikit.
.
Lagi 1 di sini, kami di ISDA Catering telah membuat 1 pakej yang sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang.
.
PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN BAJET DAN MURAH UNTUK PASARAN SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN MELAKA yang pihak kami sediakan boleh rujuk di bawah ya.
.
.
Pakej yang kami sediakan akan membantu anda berjimat kerana kami ada berikan hadiah percuma berupa Kad Kahwin, Kuih Muih dan juga Aiskrim.
.
Bertambah-tambah jimat anda bila mengambil pakej ini.
.
Jadi, apa tunggu lagi? Hubungi kami segera untuk menempah pakej anda.
.
Pakej ini adalah terhad kepada 1 tempahan untuk 1 tarikh sahaja.
.
Siapa cepat, dialah yang dapat dan dialah yang JIMAT.
.
ISDA Catering Melaka, ISDA Weddings, Isda Creative Consulting
.
#isdacatering #isdacateringmelaka #isdaweddings #pakejweddingplannerISDA #pakejkateringISDA

Tuesday, 4 October 2016

UPDATED: HARI TERBUKA ISDA CATERING DI BALLROOM STADIUM HANG JEBAT, MELAKA - 29 OKTOBER 2016

19:44 , , , , , , 1 comment

Majlis Hari Terbuka sempena pelancaran Pakej ISDA CATERING 2017.


Diskaun istimewa dan pelbagai hadiah istimewa akan diberi sempena Open Day ini.

Kehadiran adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. (Perlu Sahkan Kehadiran anda) RSVP.

Food Tasting Percuma turut kami sediakan.

Open Day ini bakal disertai oleh:
1. Bridal
2. Wedding Planner
3. Photographers
4. Kad Kahwin
5. Syarikat Kanopi
6. Make Up Artist
7. Door Gift
8. Dan Lain-lain Lagi.

Pelbagai Aturcara bakal kami aturkan untuk tatapan bakal pengantin. Berikut antara Program yang dirancang oleh pihak kami sempena Open Day ISDA 2016.



Hubungi kami untuk tempah slot anda. 20 Slot terawal sahaja.

Cik Ashmeeme - 0173028209
En Hanif - 01111360326
En Faiz - 0196066571

Saturday, 9 July 2016

Dilancarkan, PAKEJ KATERING WEDDING PLANNER BAJET 2016/2017

03:17 , , , , , , , 2 comments

Disebabkan keadaan ekonomi yang agak perlahan dan kuasa beli kita pun dah semakin berkurangan.

Namun begitu, majlis perkahwinan tetap perlu diadakan dan diteruskan.

Kini kami di ISDA Catering akan mengeluarkan satu pakej khas yang akan membantu bakal pengantin iaitu anda, berjimat dalam merancang majlis perkahwinan.

Pakej yang dimaksudkan adalah pakej perkahwinan lengkap dengan harga RM10,000.00 dan ke bawah.

Insyaallah, walaupun harga rendah, kualiti tetap akan kami ambil berat kerana kualiti menjamin kesinambungan jenama kami.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAKEJ RM10,000.00

Pakej Wedding Planner Bajet merangkumi:
1. Katering untuk 600pax
 - Nasi Minyak atau Nasi Hujan Panas
 - Nasi Putih 20%
 - Ayam Masak Merah
 - Daging Hitam Manis ISDA
 - Dalca Sayur
 - Papadom atau Acar Buah
 - Buah Oren
 - Air Kordial
 - Pelayan Berseragam
 - Peralatan Sajian ( Konsep Buffet)

Turut Disediakan:
 - Hidangan Pengantin - 10pax
 - Kek Pengantin 2 Tingkat
 - 2 Set Dome
 - Air Mineral Setiap Meja

2. Set Peralatan mengikut warna tema
Peralatan Dewan
 - 20 Set Meja Bulat Beralas 2 layer
 - 200 kerusi plastik bersarung
 - Meja Makan Pengantin
 - 2 Set Meja Buffet
 - 3 Set Meja Petak ( Meja Door Gift, Meja Kek, Meja Hadiah)

Atau Set Peralatan Kanopi
 - 1 set kanopi Arabian 20x20 (Pelamin)
 - 1 set kanopi Arabian 20x20 (makan pengantin)
             - 1 set Meja Makan Beradab + Kerusi Banquet Bersarung dan Riben
             - 2 set Meja Bulat Beralas 2 layer + 20 Kerusi Plastik Bersarung dan Riben
 - 2 set kanopi Arabian 20 x 20 (Tetamu)
            - 8 Set Meja Bulat Beralas 2 Layer + 80 Kerusi Plastik (Kerusi tanpa sarung)
 - 1 Set Kanopi Arabian Buffet
             - 2 set meja buffet
 - 2 set meja hadiah dan door gift
 - 1 set meja kek

3. Pakej Andaman ISDA
 - 1 Set Pelamin 1 Panel atau 20 kaki (Max)
 - Persalinan sanding L&P (Ready Made)
 - 1 Kali Make Up
 - Pintu Gerbang
 - Bunga laluan
 - Karpet Merah

4. Pakej Hiburan ISDA Creative
 - Set PA Sistem dan DJ Bertugas

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakej khas ini berharga RM10,000.00 sahaja dan terhad untuk 20 pelanggan yang terawal sahaja.

Semoga pakej ini dapat memudahkan urusan bakal pengantin dalam merancang majlis mereka seterusnya memeriahkan majlis meraikan perkahwinan mereka.

Terus ke laman HUBUNGI KAMI untuk menempah atau untuk temujanji.

Thursday, 24 March 2016

Jumpa Kami di Mahkota Parade, Sempena Festival Laman Pengantin 25 hingga 27 Mac 2016

12:45 , , , , 0 comments

Team ISDA Catering akan berada di Mahkota Parade pada hujung minggu ini bersempena dengan Festival Laman Pengantin.

Festival Laman Pengantin ini bermula esok, 25 Mac sehingga Ahad, 27 Mac 2016.

Bakal pengantin Melaka boleh datang beramai-ramai ke booth ISDA Catering untuk mendapatkan pakej perkahwinan lengkap dan pakej katering dengan harga promosi.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut tentang pakej atau pameran ini boleh hubungi terus ke talian 016-337 5579 (Call/Whatsapp).

Tuesday, 8 December 2015

PORTFOLIO: PAKEJ WEDDING PLANNER KANOPI MELATI, 06.12.15 DI VILLA AROMATIKA FRIM, KEPONG

18:11 , , , 0 comments

Gambar sekitar majlis perkahwinan bagi Pakej Wedding Planner Kanopi Mawar yang dilangsungkan di Villa Aromatika, FRIM Kepong.

Ini adalah kali kedua kami mengkordinasikan majlis perkahwinan di Villa ini pada tahun ini.

Pakej yang disediakan oleh pihak kami (Pakej Wedding Planner Mawar) adalah:
1. Katering 1,000 pax
2. Peralatan Kanopi Arabian
3. Pelamin Sanding beserta Aksesori
4. Persalinan Sanding L & P
5. PA Sistem beserta Emcee
6. Persembahan Tarian
7. Kompang







Berita baik untuk bakal pengantin 2016, kami sedang menjalankan promosi Diskaun sebanyak RM500 untuk tempahan pakej sepanjang Disember 2015 ini.

Jika berminat, boleh terus ke laman HUBUNGI KAMI atau boleh hubungi kami menerusi facebook di facebook.com/isdacatering

Wednesday, 21 October 2015

PORTFOLIO: PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DI DEWAN KOMUNITI LEMBAH PANTAI, PANTAI DALAM - 17.10.15

16:14 , , , , , , , , , 0 comments

Ini adalah kali ke 5 pihak kami ISDA Catering melangsungkan Majlis Perkahwinan di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Pantai Dalam.

Pakej yang diambil oleh pengantin ini adalah Pakej Wedding Planner ISDA.

Pakej ini merangkumi:
1. Katering 1,000 pax Oleh ISDA Catering
2. Andaman, Pelamin, Persalinan Oleh Dais Bridal
3. Peralatan Dewan (Kerusi dan Meja) Oleh ISDA Catering
4. PA Sistem dan Pengacara Majlis Oleh ISDA Studio

Gambar sekitar majlis di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Pantai Dalam.






Jika anda berminat dengan pakej yang kami sediakan, boleh terus ke laman Facebook kami di facebook.com/isdacatering

Boleh juga emailkan pertanyaan anda ke isdacatering@gmail.com.

Juga boleh terus hubungi kami di laman HUBUNGI KAMI.

Tuesday, 20 October 2015

PORTFOLIO: PAKEJ WEDDING PLANNER DI VILLA AROMATIKA, FRIM KEPONG - 17.10.2015

15:49 , , , , , 0 comments

Ini adalah pertama kali pihak kami ISDA Catering melangsungkan Majlis Perkahwinan di Villa Aromatika, Frim Kepong ini.

Walau bagaimanapun, ini adalah function ke 4 kami di dalam FRIM.

Pakej yang diambil oleh pengantin ini adalah Pakej Wedding Planner ISDA.

Pakej ini merangkumi:
1. Katering 1,000 pax Oleh ISDA Catering
2. Andaman, Pelamin, Persalinan Oleh Dais Bridal
3. Kanopi Oleh ISDA Catering
4. Photography Oleh Team Akashadin Photography
5. PA Sistem dan Pengacara Majlis Oleh ISDA Studio
6. Kompang Oleh ISDA Creative

Gambar persiapan sekitar majlis di Villa Aromatika, FRIM Kepong. Gambar masa majlis kami tak sempat nak snap. Dah busy.




Pelamin Oleh Dais Bridal

Jika anda berminat dengan pakej yang kami sediakan, boleh terus ke laman Facebook kami di facebook.com/isdacatering

Boleh juga emailkan pertanyaan anda ke isdacatering@gmail.com.

Juga boleh terus hubungi kami di laman HUBUNGI KAMI.

Friday, 16 October 2015

PENGUMUMAN: PAKEJ 2015 BAKAL DITUTUP

01:36 , , 0 comments

Assalamualaikum pada semua bakal pengantin 2016,

Pihak ISDA Catering bakal menutup pakej 2015 yang telah kami gunakan sejak 2014.

Namum begitu, penutupan pakej ini akan berlaku pada 31 Oktober 2015 nanti. Dan pakej baru akan bermula 1 November 2015 nanti.

Tetapi bakal pengantin 2016 masih boleh menempah pakej 2015 dengan harga 2015 walaupun majlis anda 2016. Tempahan perlulah dibuat sebelum 1 November 2015.

Bersempena dengan promosi ini, kami akan mengadakan sesi food tasting pada setiap hujung minggu.

Untuk temujanji berkenaan food tasting, boleh hubungi terus nombor yang tertera di gambar di bawah.

Boleh juga follow Twitter dan Instagram kami di @isdacatering untuk update terkini.

Thursday, 1 January 2015

PAKEJ KATERING DAN PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN 2015 - PAKEJ INI TELAH DITUTUP

19:42 , , , 0 comments

PAKEJ 2015 TELAH DITUTUP, UNTUK PAKEJ KATERING DAN PERKAHWINAN 2016, RUJUK DI:

Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan Lengkap ini juga boleh ditempah untuk 500pax, 600pax, 700pax, 800pax atau 900pax.

Untuk tempahan melebihi 1,000pax juga dialu-alukan dan akan diberikan harga istimewa.

Berikut adalah pakej katering perkahwinan 2015 kami ISDA Catering & Wedding Planner untuk bakal pengantin tahun 2015.

Pakej Perkahwinan Lengkap 2015




Pakej Katering Perkahwinan 2015




Sebarang pertanyaan tentang Pakej Katering Perkahwinan 2015 atau Pakej Lengkap Perkahwinan 2015, boleh terus ke laman HUBUNGI KAMI, atau ke Laman Facebook kami ISDA Catering & Wedding Planner.


PAKEJ KATERING DEWAN/KANOPI DAN WEDDING PLANNER DEWAN/KANOPI 2014

13:01 , , , 4 comments

Assalamualaikum Bakal Pengantin sekalian,

Seperti biasa, kami di ISDA Catering & Wedding Planner akan melancarkan PAKEJ KATERING DEWAN/KANOPI & WEDDING PLANNER DEWAN/KANOPI untuk 2014.

Rujuk pakej di Flyers PAKEJ KATERING DEWAN/KANOPI dan WEDDING PLANNER DEWA/KANOPI di bawah.

Flyers Untuk Pakej Katering di dalam dewan. Dewan kami tak sediakan.


Ini pula pakej Katering Kanopi. Jika majlis dilangsungkan di rumah, atau taman.





Jika berminat, sila ke laman HUBUNGI KAMI atau boleh email terus ke isdaexcellentcatering@gmail.com.

Tuesday, 9 December 2014

PAST FUNCTION: PAKEJ WEDDING PLANNER DEWAN MELATI DI DEWAN PENDETA, KOLEJ KESEBELAS, UM

00:47 , , 0 comments

Seperti biasa, post ini sekadar perkongsian gambar2 function katering dan function perkahwinan yang kami kelolakan dan uruskan.

Majlis Perkahwinan ini dilangsungkan di Dewan Pendeta, Kolej ke11, Universiti Malaya.

Pakej yang diambil adalah Pakej Wedding Planner Dewan Melati ISDA 2014 yang berharga RM14,900 untuk 1000pax. Butiran lanjut pakej ini boleh ke halaman pakej lengkap perkahwinan.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar hingga ke penghujung majlis.

Gambar sekitar majlis perkahwinan di Dewan Pendeta, Kolej ke11, UM.








Pada bakal pengantin yang masih belum ada dewan dan masih mencari dewan untuk melangsungkan majlis perkahwinan, boleh juga jadikan dewan ini sebagai salah satu pilihan anda.

Senang nak cari sebab dalam UM, dan parking juga banyak.

Cuma parking agak jauh sedikit dan kena berjalan kerana parking di luar kawasan dewan. Tapi tak lah jauh sangat.

Kalau cuaca panas terik berpeluh jugaklah. Tapi masuk dewan, aircondnya boleh tahan jugaklah sejuknya.

Sesuai untuk tetamu 1000 ke 1500 orang dengan berkonsepkan buffet.

Tuesday, 10 December 2013

Pakej Perkahwinan Lengkap Dewan ISDA 2013 - Dewan MBSA Paya Jaras - 8.12.13

02:31 , , 0 comments

Majlis perkahwinan yang kami kelolakan pada minggu yang lalu iaitu pada hari Ahad bersamaan 8.12.13 bertempat di Dewan MBSA Paya Jaras, Sg Buloh.

Pakej merangkumi katering, andaman sanding (make up, pelamin, persalinan sanding dan aksesori lengkap), peralatan dewan dan kanopi, fotografi, silat, tarian, PA Sistem Berkaraoke beserta Emcee dan juga khidmat Koordinasi Aturcara Majlis.

Berikut merupakan gambar sekitar majlis perkahwinan di Dewan MBSA Paya Jaras.